Tapi apa yang sedang aku lakukan?
Kononnya siapkan kerja, padahal sebenarnya kerja dah siap dari tadi. Jadi aku blog-hopping sambil layan lagu Wani Ardy. Tunggu mata mengantuk. Heh. Aku sangat suka lagu Wani. Even though suara dia tak boleh kalahkan Datuk Siti Nurhaliza (betul ke aku eja word Datuk tu? Ouh, agak ignorance jugak aku ni) dan kadangkala lagu dia kedengaran agak raw (tapi cun dengan jiwa aku pada kebanyakan masa, malah mampu untuk inspire aku), tapi aku suka sangat kat karya budak ni.
Oh, melalut sudah. Aku bukan nak cerita pasal lagu Wani kali ni walaupun lagu-lagu Wani selalu temankan aku. Aku ralat sebenarnya. Sekarang bulan April. Huh. Sedih. Sebab aku tak boleh nak pergi
Haha. Tak tahan betul statement kat atas tu. Aku rasa adik-adik Senandika (some of them) je yang faham. Ke korang yang lain pun tak pasal-pasal mengaku paham jugak? (-_-')
Hari ini dah 4 April. Dah mula show ya adik-adik. Semoga berjaya. Jangan bagi malu senior ya. Hehehhehe..Takdelah, gurau saja. (Macamlah bagus sangat senior korang yang sorang ni)
*iklan*
Sebut pasal Fiesta Teater Senandika, aku teringat bicara aku dengan Anonymous beberapa hari lepas. Banyak berkisar pada siapa pengarah,hero dan heroin, persediaan menuju ke hari pementasan dan sebagainya. Pada ketika aku dan Anonymous sedang rancak bercerita mengenai salah satu teater iaitu Teruk...
Aku: Biar aku jadi heroin. Aku nak jadi Arisya la!! (Untuk makluman, aku memang dah pernah tengok pementasan Teruk di tangan pengarah/penulis asal dan aku maklum jalan cerita serta semua watak dalam teater Teruk)
Anonymous: Err.... (Masa ni aku fikir Anonymous terkejut dengan kelakuan aku mengoffer diri nak jadi Arisya, tapi aku biarkan saja dia yang kononnya tergamam tu)
Aku: Jadi, siapa yang akan jadi Aril? (Watak hero)
Anonymous: Hah?
Aku: (Dalam hati) buat-buat confuse pulak Anonymous ni
Anonymous: Cerita Teruk bukan watak dia nama Alisha dengan Adib ke?
Ok, sekarang giliran aku pulak yang confuse.
Aku bangun dari tempat duduk aku, pergi rak buku, cari skrip naskhah Teruk dan...
Sah!! Memang Alisha dan Adib! Habis dari mana datangnya Arisya dan Aril tadi?
:
:
:
:
:
:
Teater BONANG!!! Ya ampun....
*iklan tamat*
Chill!!
(^_^)
(P/s: Entri ini hanya omong kosong yang ditulis in attempt to get sleepy. )
4 comments:
paham-paham.
yeeaaayyy..hari ini fiesta teater senandika.
sedia atau tidak.today is the day.satu evolusi.satu transformasi.
yup.......
dah tengok..
dah tengok...
kan best kalau kau ada!! memang aku nak tengok teater ngan ko!! Ingat tak time kita sama-sama tgk laksamana bentan? best kan!!
teater bonang?aril tu bkan z*****l ke? (-_-')
~bobby chocolate ice~
dah selesai satu!! semoga ada lagi di masa depan, supaya saya boleh tengok transformasi itu. :)
~raja azrul~
oh ya...sgt best tgk laksamana bentan itu ramai2 ngn korang..best giler!! rindunyaa saat tu...
(p/s: aku pernah minat hero rj laksamana bentan..hahah)
(p/s lagi: azril, kalau ko baca komen ni, rj laksamana bentan yg dimaksudkan bukan ko ye..hehhehe..chill,bro)
~ daoz~
hey!! pandai2 je!! i was talking about teater BONANG ok...
Aril = Khairil
Arisya = Intan Arisya aka Puteri Ayu Kirana Sukmasari
p/s: sy langsung tak terfikir yang nama Z tu pun boleh jadi aril ok.. huhu..
Post a Comment