H.E.L.L.O.

Friday, June 12, 2009

Entri Ini Khas Untuk Kamu, Si Durjana Penceroboh Bilik Aku!!!!

Kau memang tak tahu malu, kan?
Sesuka hati ceroboh masuk kediaman orang tanpa segan silu.
Masuk bilik aku pulak tu. Dah tak ada tempat lain kau nak ceroboh ke?
Kau memang pemalas, kan?
Tak mahu cari kerja tapi ambil harta orang ikut suka. Kalau kau nak kerja, aku boleh upah kau potong rumput belakang rumah aku. Tapi kerja mencuri di rumah aku jugak yang kau nak buat.
Kau memang tak akal, kan?
Kalau tak, takkan kau tak tahu apa yang kau buat itu dosa. Aku tahulah aku tak banyak ilmu agama. Tapi sekurang-kurangnya aku tak ceroboh bilik orang, tak curi harta orang.
Kau memang suka jadi sampah,kan?
Sampah yang menyesakkan dan membusukkan pemikiran orang lain. Macam sekarang ni, kau dah jadi sampah dalam kepala aku. Siapa suruh kau curi harta yang paling aku sayang. Kalau tak, aku takkan anggap kau sampah masyarakat yang keji.


Kalau ye pun kau nak mencuri,kenapa kau curi laptop kesayangan aku, aset pertama yang aku beli dengan duit titik peluh sendiri masa mula-mula lepas dapat kerja sendiri, yang aku gunakan untuk keep in touch dengan kawan-kawan (dan...) setiap hari?

Kenapa? Kenapa? Kenapaaa??? Sentimental value tu oi!!

Kepada kwn2 yg selalu berbalas emel, chatting, ber-facebook, ber-bloghopping etc dengan aku, ini sebabnya sekarang ni aku jarang online. Sebab manusia durjana tu dah curi laptop aku, sekali dengan modem dan sim kad broadband (yang telah aku block dan dapatkan yang baru di centre broadband tu maka sekarang aku hanya online kat rumah guna handphone je - sangat tak selesa oi!) dan charger laptop. Barang lain dia tak ambil (kecuali handphone Motorola adikku). Laptop (tanpa beg laptop pulak tu, memang serabai ah kau pencuri!) dan handphone je. Aku pun tak faham apa motif dia. Kalau nak harapkan ada gambar-gambar panas aku dalam laptop tu untuk disebarkan ke mata umum, jangan haraplah!!!

10 comments:

Daoz said...

huh..kamu dirompak?

Saz-e-La said...

uih...kena rompak?..kuang ajar pny perompak tu...nape eyh perompak2 ni mcm ade perjanjian plak..br2 ni kat cni pun ade rompakan..tp nsb bek bkn sy yg dirompak...ishhh..mmg ahli neraka btlla dorg ni...

~~Noli said...

ciannye myn..saba yer..

da'Kongzter @ Ikmal said...

Adey.. so sorry for that

nyda said...

jahatnye die
rampok kakak saye
memang nak kena tendangan padu maut nih kalau tau dia sape
huhuhu
sabo ye kak mel
doa org teraniaya dimakbulkan
huhuhu

Melody said...

korang, dirompak tu overacting sgt bunyinya. ada pencuri. hilang laptop dan handphone. korang jgn ikut perangai pencuri ni tau. huhuhu..

Daoz said...

aih tedah oh kitak..sekpa lak beli baru jak..hohohoho..bedebah pencuri ya,kempang nya curi brg ktk.

nota.kematian said...

lain kali kita masang alat pengesan kat dalam laptop ya, mun dicurik, onkan alat pengesan, kita carik pencurik ya sampei dapat.

mencik ngan pencuri!

adiadia said...

Alhamdulillah dh dpt yg baru. musykil kenapa hanya lap top n henset je yg d curi? musykil sgt².

Melody said...

adiadia~
ya, syukur kpd Tuhan sbb kurniakan rezeki. entahlah, sy pun musykil, mungkin pencuri tu tak sempat ambil brg lain kot. wallahualam.