H.E.L.L.O.

Monday, June 8, 2009

Jatuh Cinta

Bulan sangat cantik malam ini. Buat aku teruja. Terang bulan macam bagi sinar kat jiwa aku. Bila aku rasa aku hilang upaya dan tiada tenaga, cahaya bulan macam bagi semangat dan cas diri aku. Aku jatuh cinta pada bulan malam ini. Ya, dengan bulan. Malam ini saja. Malam esok belum tahu aku akan jatuh cinta dengan siapa apa pula. Bintang, mungkin?

Aku pun sms lah beberapa orang insan yang bertuah malam ini. Konon mahu share the beautiful moments together. Haha..entah apa-apa saja aku ni kan? Tapi tahu tak, seorang pun tak bagi jawapan yang positif. Ini yang nak geram ni.

Yang kat pantai timur kata bulan tak nampak, nampak bintang saja. Yang kat utara pun sama, tak nampak bulan yang indah tu walaupun dia dah siap berlari-lari keluar daripada bangunan dan menghentikan aktiviti membeli-belahnya buat sementara waktu khas untuk menjenguk bulan. Yang di selatan lagi la..haram tak balas sms. Yang di tengah-tengah kata, langit muram, tiada bulan.




Haih... Korang tahu tak korang dah kerugian yang sangat besar kerana tidak berkesempatan melihat indahnya bulan malam ini!!!! Sayang tau....



(P/s: Ini bukan bulan yang aku nampak malam ini. Ini bulan yang aku culik dari Google. Sekian,terima kasih!)



Adakah aku secantik bulan malam ini?
Hahaha.. Soalan propa. Jangan jawab. Aku kata jangan jawab sila jangan degil ya..



Chill!!
(^_^)

8 comments:

Daoz said...

yg di pntai tmur itu pn bergegas keluar dr bilik mncari sang blan dgn harapan dpt merenung blan yg sama wlau jarak jd pemisah.tp hampa akhirnya,cuma bintang yg kelihatan mghiasi langit.

akhrnya dpt juga melihat bulan waktu keluar mkn mlm,mmg indah,purnama penuh mengambang.phew,sy xrugi~

mimmie sarmiza said...

hahaha...apa hal la suma org cita psl bulan tok??tp mlm tdk bulan nang kacak eh.mun ktk mok tauk myn,mek tgk bulan guna binocular mlm tadik.gik best.awan yang bergerak dpn bulan ya pun mek boleh tgk juak.kawah2 bulan pun nampak juak.isk isk...nang x rugi la mek tgk bulan mlm tadik eh... ;p

~~Noli said...

kalo bulan pakai tdung ade nmpak mcm kamu myn..hehe

Hakimah. said...

salam. bulan mmg sgt cantik, subhanAllah.
tp perna dgr jugak, kalau viewed from horizon, blh tgk bulan sgt besar, sebesar matahari. wallahualam

PS; thx fer commenting on my blog the other day. =D

Melody said...

~daoz~
masa sy mdg kamu, bulan lebih cantik..warna dia lebih bersinar, mcm emas. bila dh lewat sikit, dia tak berapa nk keemasan dah, tapi tetap indah :)

~mimi~
wah!! pakai binokular!! mesti kacak ooo bulan...

~noli~
yer yer je la kamu ni

~hakimah~
oh, belum ada pengalaman tgk bulan dari sana lagi. macam best je.
u r welcome :)

Raja Azrul said...

motif??sure ada kisah cinta terhangat nie..

erm..aku tak disms pun??

Melody said...

~azrul~
banyak la kisah cinta kau..aku ckp pasal bulan secara direct, tiada sebarang maksud tersirat melainkan yg tersurat..oops..kau tak dpt ek msg aku? maxis prob kot...(ayat cover hehehe :p)

adiadia said...

siapa yg d timur tuh?