H.E.L.L.O.

Monday, July 27, 2009

Setem Pada Syurga

Akhir-akhir ini, kelihatannya seperti ramai yang sampai ke hujung.
Hakikatnya setiap saat pasti ada yang tiba di sana, cuma kita yang tidak ambil endah.

Doa saya, apabila sampai masanya tiada lagi jalan untuk saya menapak, apabila tiada lagi laluan untuk saya dan takdir sudah membawa saya ke hujung, saya harap Dia permudahkanlah.

Setem Pada Syurga - a song by Wani Ardy

Ini kata hati yang terlewat diucapkan
Ini lagu untuk kau yang tinggal wajah dalam bayang
Suara terngiang-ngiangkan

Jika hela nafas kau berlingkar di udara
Akan kukhabarkan bahawa kau antara tapak di pasir
Tidak terhapus dek ombak

Kira kau mendengar atau melihat
Dari mana yang tidak aku tahu
Namun aku pasti bahawa
kau sebahagian diriku yang hilang, yang hilang
Seperti anggota tubuhku berkurang, berkurang

Ini kata hati yang terlewat diucapkan


Lagu Setem pada Syurga adalah antara yang terawal saya dengar dari Wani, dan terus melekat ke hati. Setiap kali saya nyanyikan lagu ini, imej Aidil merebutguna basikal mainan roda tiga yang saya tidak mahu lepaskan dari kayuhan selalu terpapar di depan mata.

Saya tidak tahu kenapa selama dua tahun kami sempat bersama, imej itu yang paling kuat dan jelas di ingatan.

Mungkinkah kerana sampai saat ini saya masih(dan akan sentiasa) rasa yang saya sebenarnya patut biar adik saya main basikal kecil beroda tiga itu sepuasnya?




Sudah terlewat sekarang, kan??


Friday, July 24, 2009

Main-main

Bila seseorang mengatakan ya atas sesuatu yang sebenarnya tidak, siapakah sebenarnya yang sedang dipermainkan?

Mempermainkan orang lain, atau mempermainkan diri sendiri?
Membohong orang lain, atau membohong diri sendiri?


Monday, July 20, 2009

When Gadoh Makes Me Happy

It have been quite a tiring day at work. Not really stressful, but a bit sweaty I may say. Running here and there, chasing time, fight for tool, and feel hungry at the same time.

Almost out of my mood when I reach home. Macam nak gaduh dengan orang rasanya. (That's because I was hungry. Pls dont make me hungry, that can make me feel moody, I guess)

But guess what, this simple little thing had lighten up my day!


(motif nak padam alamat?)



(Gadoh for me!)

(walaupun Gadoh, tetapi ada smiley. Buat aku tersenyum)

Thanks a lot, Ieja!
I'll take this as last year's birthday present.
Hahaha. Just joking.


People out there, not many of you might know about this movie as it was made for educational purpose. You wont be able to watch this in TV or at your nearest cinema. Only at their public screening. (Cececeh, saja nak buat-buat ekslusif, macam la aku sorang je yang tengok cerita ni :p)

OK. Time for Gadoh. I'll write about it next time. Till then, ciao~

Update: For more details, just check out their website
who knows your place is where the next public screening is going to be..

Chill!!
(^_^)

Thursday, July 16, 2009

Hujung

Untuk seseorang yang baru kehilangan. Ini pesan untuk kamu. Pesan untuk aku juga. Kerana kita sama. Bezanya aku sudah terbiasa. Kau pula baru merasa.

Memutus hubung dua dunia
Mengakhir hirup udara
Hujung jalan untuk dia
Bagimu esok masih ada
Terus tapakkan langkah
Menoleh boleh, mengundur tersungkur
Mengenang jangan sampai bergenang
Terus tapakkan langkah
Dia pasti bahagia didakap kasih Tuhan

Hujung untuknya, untukmu bukan
Belum masanya


Untuk kamu, lapangkan dada, redhakan segala. Kerana dia kini dalam dakapan kasih Tuhan, insyaAllah. Satu masa nanti kamu pasti bertemu dia kembali.


Al-Fatihah.




Wednesday, July 15, 2009

Video Clips I'm Craving to Watch

Tadi aku baca blog kawan-kawan. Baca balik entri yang lama-lama. Bukannya aku tak pernah baca, tapi teringin nak baca balik. Terutama entri-entri yang dah setahun lepas ke. Seronok jugak bila baca balik. Teringat macam-macam peristiwa.

Dan hasil daripada membaca entri-entri lama tu, dah buat aku teringin nak tengok balik semua klip video yang Alan and the geng rakam khas untuk aku. Masa aku tamat pengajian kat UMP, sebelum aku berlalu pergi untuk kembali ke Sarawak, Alan dengan gigihnya mula mengumpulrakam ucapan dari teman-teman Senandika buat aku. Aku tak tau la berapa lama dia merakam segala tu. Ada yang kena tangkap suruhh buat ucapan kat tengah-tengah kafe, tepi jalan, semasa ke dewan kuliah, dalam bilik hostel. Walaupun ada di antara ucapan-ucapan tu yang dah tak relevan sekarang (siapa terlibat merakam ucapan untuk aku tu, korang tahu kenapa, tak perlu cakap kat sini) tapi tak kisah lah kan.

Aku tak pernah buang folder tu. Cuma laptop aku tu saja yang bermasalah. Dan aku juga tak pernah transfer folder tu ke mana-mana. Jadi, semua sudah lenyap. (-_-')

Kalau aku ada sakti, aku nak je munculkan semua yang sudah tak ada tu.
1. Folder ucapan perpisahan daripada Senandika, dikumpulrakam oleh Alan
2. Petikan gitar dan nyanyian akustik sempena hari jadi aku, dirakam dan dihadiahkan oleh yang (pernah) istimewa.
3. Video klip Happy Birthday Ziera - Generasiku by OAG , yang aku moviemaker-kan sendiri, tapi sebab banyak gambar kenangan Snoodies digunakan, maka relevan jugak untuk semua Snoodies.
4.Rakaman persembahan Raja Laksamana Bentan - aku rindu nak tengok scene Azril (Laksamana) dan Yunika (Puteri baik) masa nyanyian lagu PGL tu, sebelum aku (Puteri jahat) yang kejam muncul dan cemburu.
5. Folder latihan teater Bonang - banyak video candid (dan tidak candid) yang best!

Lagipula laptop aku lepas kena curi hari tu kan, maka sekarang ni HD aku memang totally zero. Haih.

Saturday, July 11, 2009

Tunggu Teduh Dulu - a novel by Faisal Tehrani



No, this is definitely not the latest novel by Faisal Tehrani (FT). Cetakan pertama sudah terbit 5 tahun yang lepas. Tapi baru 3-4 minggu yang lalu aku berpeluang untuk membacanya. Aku memang jarang blog pasal buku-buku yang aku baca. Tapi hari ni aku terpanggil nak tulis pasal Tunggu Teduh Dulu (TTD). Bear in mind, I'm not reviewing the book, I just want to blog about me and the book (and the writer too, maybe). That's it.

Kali pertama aku baca karya FT, tahun 1996. Masa tu aku kenal dia sebagai Mohd Faizal Musa. Cerpen dia menang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994. Tajuknya "Malam Ini Philadelphia Menangis". Antara cerpen yang aku suka dalam siri antologi tu. Buku tu ada lagi, elok lagi.

Kali pertama aku jumpa FT, tahun 2000. Aku sekolah lagi masa tu. Kebetulan teater Misi karya FT dipentaskan kat Kuching, jadi aku dan kawan-kawan ahli kelab drama sekolah pada masa tu dibawa cikgu untuk menonton. Lagi pula cerpen FT "Kerana Manisnya Epal" termuat dalam KOMSAS. Aku beranikan diri berbual dengan dia, pergi tanya dia pasal cerpen tu. Tapi maaflah, ingatan aku kurang, jadi sekarang ni aku tak ingat langsung apa yang kami bualkan. Satu kerugian, sebab aku rasa ada sesuatu yang dia sampaikan malam tu. Tak apalah. What can you expect from a young school girl, kan?

Sekarang aku macam dah addict dengan novel FT. Aku mula kumpul novel dia lepas tamat belajar (Zaman belajar sayang duit. Maka hanya pinjam kat perpustakaan saja). Sebab aku rasa novel dia lain daripada kebiasaan. Ada ilmiahnya. Ada pengajarannya. Atau mungkin sebetulnya aku yang dah bosan dengan lambakan novel klise yang ada kat pasaran?

TTD adalah buah tangan FT yang terbaru aku baca. Aku tak tau kenapa bila aku baca je TTD, spontan aku teringatkan seorang kawan, WZ. Rindu kot! Hehe.

Salsabila Fahim adalah nadi novel ini. Banyak perkara yang aku belajar daripada kisah hidup Salsabila Fahim. Ya, TTD mungkin saja berkisar pada kehidupan Salsabila, seorang pengusaha betik moden. Pasal cinta, keluarga, kerjaya. Tapi ada waktunya, kisah Salsabila serasa sangat dekat dengan aku. Salsabila adalah contoh seorang wanita moden masa kini yang gigih, berani dan berdikari tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri muslimahnya, serta tidak mengabaikan agama dalam kehidupan.

Yang aku suka, apa saja kekusutan yang dia alami, pasti dia rujuk kepada Yang Maha Kuasa. Jauh beza la daripada aku. Huhu. Memang novel ini berkisahkan cinta. Tapi somehow aku rasa ia lebih dekat berbanding novel popular Ayat-Ayat Cinta. Mungkin sebab TTD mengikut acuan tempatan kot. Atau mungkin kerana Fahri dalam AAC sangat too good to be true sedangkan Salsabila ada ketika terlihat juga kacaunya. (Dont get me wrong. Aku suka AAC juga, dan aku memiliki both AAC dan TTD.)

Well...Kisah hidup Salsabila banyak mengajar aku. Aku nak cerita lebih-lebih, tak reti lah pulak. Hehhehe. Tapi antara yang buat aku sentap adalah semasa Salsabila pegi umrah dengan mak dia. Kerja Tuhan, siapa tahu. Betul kan?
Kamil mahu jadi pelangi. Lam Ping Hai mahu jadi matahari.
Dan Salsabila Fahim tersepit menanti hujan teduh.

"Cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya, tidak dapat tidak. Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan." - Salsabila Fahim

"Kerja Tuhan, siapa yang tahu." - Teh Sofia (this is my favourite quote in TTD, sebab bila kita rasa macam susah, jatuh, terluka dan sebagainya, bila difikirkan sebenarnya Tuhan sedang aturkan sesuatu untuk kita. Cuma kita saja yang tak tau. Kerana ilmu Tuhan tak terjangkau dek akal kita)

Wallahualam.

Tuesday, July 7, 2009

Pertama, Kedua, Ketiga. (serta Ayam dan Kucing yang Hot)

Yang pertama
Aku tetap akan sayang sampai bila-bila.
Aku tetap akan simpan sampai bila-bila.
Tak mungkin aku akan buang dan lupakan dia.
Walaupun isinya dah hilang tiada.
Badannya dirobek sampai buruk rupa.
Padanya tersimpan memori hidup aku suatu masa dulu.
5 tahun dia jadi saksi siang malam aku.
Ria aku, dia kongsi.
Sedih aku, dia tahu.
Sepi aku, dia teman.
Bosan aku, dia hibur.
Sibuk aku, dia bantu.
Bodoh aku, dia terang.
Kosong aku, dia isi.
Segalanya.
Dia memang istimewa, sebab tu aku sayang dia.
Agaknya inilah maksudnya bila orang kata yang pertama memang tak boleh lupa.

Yang kedua
Muncul apabila yang pertama dah tak mampu beri aku apa yang aku mahu
Muncul kerana yang pertama dah kaku dan bisu, padahal aku amat perlu.
Dia mungkin buta masa lalu aku, tapi dia pegang erat masa kini aku.
Malang, kerana masa depan aku tak ada pada dia.
Setahun masa kami bersama berlalu macam tu saja.
Akhirnya dia dikebas orang lain yang durjana sifatnya.
Aku hanya mampu tergamam kaku apabila dia ghaib dari hidup aku.
Dan serentak itu aku jadi seorang pembenci kepada manusia bernama perampas yang tak pernah aku tahu siapa.
Mujurlah aku berjaya tenangkan diri dan kembali ke ruang realiti.

Yang ketiga
Dicari apabila yang kedua sudah tiada.
Dijadikan ganti, mengisi kekosongan setelah perginya yang kedua.
Aku tak tahu apa masa depan aku dan dia.
Tapi aku janji aku akan jaga sebaiknya.
Biarpun aku terpaksa rantai dia, kunci dia.
Asalkan dia tak dibawa pergi lagi.
Asalkan dia tak dilarikan orang lain lagi.
Walaupun aku tak berani janji apakah akan ada yang lain selepas dia.

(P/s: Bukan puisi, cuma kata hati)



Hai semua. Kenalkan...Inilah dia yang ketiga itu. Dia baru saja ikut saya balik baru-baru ini. Bukan, bukan En. Ayam (nama samaran) tapi yang kat sebelah En. Ayam tu. Encik Ayam dah lama dah ikut saya balik, siap naik kapal terbang sama-sama lagi. En. Ayam memang macam ni, suka enterframe. Ikut perangai orang(-orang) yang suruh saya jaga En. Ayam ni agaknya.

Belum sempat mahu tukar screen saver install memacam benda semua, maka abaikan dulu rupa paras yang ketiga ini. Abaikan juga suasana persekitaran. Tapi jangan abaikan En. Ayam. (Huhu. Tetiba. Apa kaitan?)



Ruangan lari topik :Gambar rawak yang dimuatnaik secara rawak.



Aku rasa kucing-kucing ni nampak comel. Aku nak yang warna merah. Korang nak yang mana? Pilih. Ada 7 saja tinggal. Siapa cepat dia dapat. Dapat bagi nama kat kucing-kucing tu saja lah. Dapat kucing tu tak kot. Dapat tiket percuma ke Kuching lagilah bukan. Hehehe. Kucing aku namanya M. M untuk Merah. M untuk Melody. M untuk Marvellous. M untuk Mmuahhss. M untuk Miut-Kiut (aka Kiut-Miut). M untuk Melaka (tetiba!). M untuk Malaysia. M untuk Music. M untuk...Ok Ok..Terlebih sudah. Let's just stick with M for Merah. Kenalkan, kucing aku Merah @ M. M. Senang nak sebut. Tak perlulah panjang berjela macam nama Siti Nur Combi Kesumawati Iris Exora tu semua. Haa. Kucing korang yang mana, nama apa?


Ini pula sewaktu aku merayau-rayau dengan penuh gigih walaupun belum tidur sepanjang malam kerana kerja. Tapi berjaya juga memujuk ayah aku untuk izinkan aku pergi Karnival Futsal Liga Juara Hot FM ni (dengan syarat aku mesti balik sebelum jam 12 macam Cinderella, sebab ayah aku risau aku tak tidur lagi) walaupun malam sebelumnya beriya-iya aku tak mahu pergi kononnya. Akhirnya pergi kerana termakan kata-kata manis Cik Pearl aka Cik Iliyana yang ada membuka booth di karnival ni. Kalau tak, jangan harap. Tidur lagi best. Hari pulak panas sangat. Sesuailah tu dengan Hot FM. Hehe. Aku hanya memerhati Fafau dengan FBI dari jauh saja sebab semua orang berkumpul kat kawasan diorang berdua, maka aku malas mahu sesakkan diri kat situ lalu berjalan-jalan bersama Cik Pearl yang escape daripada menjaga boothnya dan pergi main mata senyum-senyum dengan AG. Haha.

Sekian untuk entri hari ini.

Chill!!!

(^_^)



Sunday, July 5, 2009

Seperti Selalu...

Seperti selalu
Kau buat aku mual
Kau buat aku muntah
Mata berpinar, kepala berputar
Aku langsung jadi pusing dan pening
Aku hilang kawal, terumbang-ambing

Seperti selalu
Kau buat aku melaung raung
Aku seolah dilempar ke udara, dihumban ke gaung
Dan tidak pernah sekali pun kau peduli rasa yang kutanggung
Malah kau terus menggila ganas melambung
Hingga aku rasakan duniaku seakan sampai penghujung

Sesekali
Kau jadi tenang
Dan untuk sesaat dua aku jadi bahagia melihat indahnya dunia dari atas sana
Namun tawa dan senyum tidak singgah lama
Kau kembali bertukar menjadi puting beliung
Aku kembali bingung!

Seperti selalu
Bagaimana teruk sekalipun kau sudahi semua ini
Bagaimana teruk sekalipun aku di hujung hari
Aku tidak pernah sesal
Aku tidak pernah serik
Dan tidak mungkin aku mahu membenci
Biarpun aku akhirnya berlalu pergi
Namun aku pasti akan kembali
Seperti selalu
Untukmu
Wahai Roller Coaster!