H.E.L.L.O.

Saturday, July 11, 2009

Tunggu Teduh Dulu - a novel by Faisal Tehrani



No, this is definitely not the latest novel by Faisal Tehrani (FT). Cetakan pertama sudah terbit 5 tahun yang lepas. Tapi baru 3-4 minggu yang lalu aku berpeluang untuk membacanya. Aku memang jarang blog pasal buku-buku yang aku baca. Tapi hari ni aku terpanggil nak tulis pasal Tunggu Teduh Dulu (TTD). Bear in mind, I'm not reviewing the book, I just want to blog about me and the book (and the writer too, maybe). That's it.

Kali pertama aku baca karya FT, tahun 1996. Masa tu aku kenal dia sebagai Mohd Faizal Musa. Cerpen dia menang Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994. Tajuknya "Malam Ini Philadelphia Menangis". Antara cerpen yang aku suka dalam siri antologi tu. Buku tu ada lagi, elok lagi.

Kali pertama aku jumpa FT, tahun 2000. Aku sekolah lagi masa tu. Kebetulan teater Misi karya FT dipentaskan kat Kuching, jadi aku dan kawan-kawan ahli kelab drama sekolah pada masa tu dibawa cikgu untuk menonton. Lagi pula cerpen FT "Kerana Manisnya Epal" termuat dalam KOMSAS. Aku beranikan diri berbual dengan dia, pergi tanya dia pasal cerpen tu. Tapi maaflah, ingatan aku kurang, jadi sekarang ni aku tak ingat langsung apa yang kami bualkan. Satu kerugian, sebab aku rasa ada sesuatu yang dia sampaikan malam tu. Tak apalah. What can you expect from a young school girl, kan?

Sekarang aku macam dah addict dengan novel FT. Aku mula kumpul novel dia lepas tamat belajar (Zaman belajar sayang duit. Maka hanya pinjam kat perpustakaan saja). Sebab aku rasa novel dia lain daripada kebiasaan. Ada ilmiahnya. Ada pengajarannya. Atau mungkin sebetulnya aku yang dah bosan dengan lambakan novel klise yang ada kat pasaran?

TTD adalah buah tangan FT yang terbaru aku baca. Aku tak tau kenapa bila aku baca je TTD, spontan aku teringatkan seorang kawan, WZ. Rindu kot! Hehe.

Salsabila Fahim adalah nadi novel ini. Banyak perkara yang aku belajar daripada kisah hidup Salsabila Fahim. Ya, TTD mungkin saja berkisar pada kehidupan Salsabila, seorang pengusaha betik moden. Pasal cinta, keluarga, kerjaya. Tapi ada waktunya, kisah Salsabila serasa sangat dekat dengan aku. Salsabila adalah contoh seorang wanita moden masa kini yang gigih, berani dan berdikari tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri muslimahnya, serta tidak mengabaikan agama dalam kehidupan.

Yang aku suka, apa saja kekusutan yang dia alami, pasti dia rujuk kepada Yang Maha Kuasa. Jauh beza la daripada aku. Huhu. Memang novel ini berkisahkan cinta. Tapi somehow aku rasa ia lebih dekat berbanding novel popular Ayat-Ayat Cinta. Mungkin sebab TTD mengikut acuan tempatan kot. Atau mungkin kerana Fahri dalam AAC sangat too good to be true sedangkan Salsabila ada ketika terlihat juga kacaunya. (Dont get me wrong. Aku suka AAC juga, dan aku memiliki both AAC dan TTD.)

Well...Kisah hidup Salsabila banyak mengajar aku. Aku nak cerita lebih-lebih, tak reti lah pulak. Hehhehe. Tapi antara yang buat aku sentap adalah semasa Salsabila pegi umrah dengan mak dia. Kerja Tuhan, siapa tahu. Betul kan?
Kamil mahu jadi pelangi. Lam Ping Hai mahu jadi matahari.
Dan Salsabila Fahim tersepit menanti hujan teduh.

"Cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia lebih daripada itu. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. Ini kisah saya, bukan kisah mereka sahaja. Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut. Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan Penciptanya. Ini cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya, tidak dapat tidak. Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan." - Salsabila Fahim

"Kerja Tuhan, siapa yang tahu." - Teh Sofia (this is my favourite quote in TTD, sebab bila kita rasa macam susah, jatuh, terluka dan sebagainya, bila difikirkan sebenarnya Tuhan sedang aturkan sesuatu untuk kita. Cuma kita saja yang tak tau. Kerana ilmu Tuhan tak terjangkau dek akal kita)

Wallahualam.

6 comments:

SchUhaDa said...

myn, okeh ke buku nih? best? aku nk beli klau ko bole convince aku xkan nyesal beli.
aku pn minat FT jgk sbb penulisan die lain dr yg lain n padat kan

azwan bamadhaj said...

wah.. mcm best je... tengok kat MHI hari tu FT promote buku nie....


huhuh....

adiadia said...

sy x nak bc ulasan psl buku ni sbb nti x best utk d bc. tp sy harap sgt² dpt miliki buku ni.urmmmm

Raja Azrul said...

macam best jer citer ni..sure aku kena beli..

first time baca novel FT ialah novel 1511, dan lepas tu aku tak baca dah...hehehe

aku minat baca blog dia, banyak giler input dan pandangan beliau yang tidak sinikal...

hehehe...nnt aku akan beli!!

adiadia said...

slps baca emel myn br sy memberanikan diri bc blog myn. sy x bc lg buku TTD ni, tp sy stuju psl AAC. sbb jika di bandingkn antara AAC novel n AAC filem, filem lg bagus utk di ambil iktibar. dlm novel AAC, fahri terlampau sempurna sehinggakan tiada apa pon kecacatan pd dirinya. amat mustahil utk d terima pd zaman sekarang.

♥♥♥♥TTD adalah buah tangan FT yang terbaru aku baca. Aku tak tau kenapa bila aku baca je TTD, spontan aku teringatkan seorang kawan, WZ. Rindu kot! Hehe.♥♥♥♥
(sy rs sy orgnye. mungkin krn kita masih lg tercari2 dimanakah 'Adam' kita. ;p.)☺☺☺

Melody said...

schuhada~
bagi aku okeh. sb aku mmg minat gaya penulisan FT. aku tak tau la ko minat buku jenis yg mcm mana skrg.

azwan~
oh, ada promote kat MHI ek? tak tengok la pulak.

azrul~
best. aku suka. :) erm, 1511 aku belum baca so tak boleh nk komen apa2. aku pun minat blog dia. mmg byk input.

aku nk cari srengenge (ntah betul ke tak aku eja ni..huhu)

adiadia~
tula pasal. fahri terlalu sempurna. tp terbalik pulak kita. sy lebih suka AAC novel, sbb byk yg tak lengkap kat AAC filem. (mungkin sbb sy bc novel dulu, baru tgk movie. sbb tu rasa movienya sgt kekurangan dan cerita tak lengkap. kalau sy tgk movie dulu baru baca, mungkin perasaannya akan jd berbeza.)

btw, mmg kamu WZ. reason sy teringatkan kamu? eh sy mmg rindu tau! hehe..well,u know why. ;)