H.E.L.L.O.

Wednesday, July 15, 2009

Video Clips I'm Craving to Watch

Tadi aku baca blog kawan-kawan. Baca balik entri yang lama-lama. Bukannya aku tak pernah baca, tapi teringin nak baca balik. Terutama entri-entri yang dah setahun lepas ke. Seronok jugak bila baca balik. Teringat macam-macam peristiwa.

Dan hasil daripada membaca entri-entri lama tu, dah buat aku teringin nak tengok balik semua klip video yang Alan and the geng rakam khas untuk aku. Masa aku tamat pengajian kat UMP, sebelum aku berlalu pergi untuk kembali ke Sarawak, Alan dengan gigihnya mula mengumpulrakam ucapan dari teman-teman Senandika buat aku. Aku tak tau la berapa lama dia merakam segala tu. Ada yang kena tangkap suruhh buat ucapan kat tengah-tengah kafe, tepi jalan, semasa ke dewan kuliah, dalam bilik hostel. Walaupun ada di antara ucapan-ucapan tu yang dah tak relevan sekarang (siapa terlibat merakam ucapan untuk aku tu, korang tahu kenapa, tak perlu cakap kat sini) tapi tak kisah lah kan.

Aku tak pernah buang folder tu. Cuma laptop aku tu saja yang bermasalah. Dan aku juga tak pernah transfer folder tu ke mana-mana. Jadi, semua sudah lenyap. (-_-')

Kalau aku ada sakti, aku nak je munculkan semua yang sudah tak ada tu.
1. Folder ucapan perpisahan daripada Senandika, dikumpulrakam oleh Alan
2. Petikan gitar dan nyanyian akustik sempena hari jadi aku, dirakam dan dihadiahkan oleh yang (pernah) istimewa.
3. Video klip Happy Birthday Ziera - Generasiku by OAG , yang aku moviemaker-kan sendiri, tapi sebab banyak gambar kenangan Snoodies digunakan, maka relevan jugak untuk semua Snoodies.
4.Rakaman persembahan Raja Laksamana Bentan - aku rindu nak tengok scene Azril (Laksamana) dan Yunika (Puteri baik) masa nyanyian lagu PGL tu, sebelum aku (Puteri jahat) yang kejam muncul dan cemburu.
5. Folder latihan teater Bonang - banyak video candid (dan tidak candid) yang best!

Lagipula laptop aku lepas kena curi hari tu kan, maka sekarang ni HD aku memang totally zero. Haih.

6 comments:

c h o c o l a t e i.c.e said...

mahu gambar-gambar dan video-video kenangan bersama senandika..

dapatkan pada encik farani kerana kalau tidak silap,beliau masih mengumpulkan koleksi-koleksi semua itu di dalam external hard disk-nya yang bersaiz 500G.

Melody said...

wah! masih ada sinar harapan nampaknya!

Raja Azrul said...

abang pun nak bob!!! mesti menarik kan...

tringin nak tengok balik apa yang lepas kan? betul tak mel??? terus terang, memang tak puas time ko dtg KL dulu, kejap sangat!!!

Harap-harap kalau ada plan ke KL lepas ni, kita leh lama sket..takpun kita plan melancong sama-sama....

Melody said...

azrul~
aku lagilah tak puas. ko tak tgk ms aku kat airport. serius aku tanak balik ms tu. tp kena balik jgk. nantilah, ada masa kita melancong ramai2. kena tunggu cuti sekolah la nampaknya ni.

adiadia said...

gmbr snoodies sy ada, tp sy hanya mampu memberi janji kosong je sbbnye...spt yg sy bgtau dlm emel.:(

Melody said...

adiadia~
takpe, sy cuba dapatkan daripada cik pearl, mana yg ada.
(p/s: nasib baik gambar saya dgn u-know-who tak hilang, sebabnya tak delete dari kamera. hehe)