H.E.L.L.O.

Thursday, July 16, 2009

Hujung

Untuk seseorang yang baru kehilangan. Ini pesan untuk kamu. Pesan untuk aku juga. Kerana kita sama. Bezanya aku sudah terbiasa. Kau pula baru merasa.

Memutus hubung dua dunia
Mengakhir hirup udara
Hujung jalan untuk dia
Bagimu esok masih ada
Terus tapakkan langkah
Menoleh boleh, mengundur tersungkur
Mengenang jangan sampai bergenang
Terus tapakkan langkah
Dia pasti bahagia didakap kasih Tuhan

Hujung untuknya, untukmu bukan
Belum masanya


Untuk kamu, lapangkan dada, redhakan segala. Kerana dia kini dalam dakapan kasih Tuhan, insyaAllah. Satu masa nanti kamu pasti bertemu dia kembali.


Al-Fatihah.




4 comments:

Raja Azrul said...

sangat tersirat...kena fahamkan betul-betul ni..

kalau ada yang pergi menemuiNya..al fatihah!!

Wan Zuraida said...

berita yang paling sy takuti. 2 pemergian yg dikhabarkan mengenai penyakit yg sama.

sy juga pernah merasai kehilangan walaupun pangkat org itu berlainan dgn kamu berdua. kesannya sama jg krn kami amat mesra dan rapat. tmbh² sy berada di sisi ketika arwah sakit. sy percayakan yg ada hikmah d sebalik semua perkara. Alahamdulillah...sy sekeluarga merasai hikmah tersebut.

(Al-Fatihah utk dek nur)

Melody M. said...

azrul~
ya, ada yang telah kembali. al-Fatihah untuknya yg sudah ketemu hujung kefanaan dan beralih ke dunia yang kekal. tp untuk yang ditinggalkan,yang masih belum bertemu hujung jalan tu, haruslah teruskan langkah masing2 dan teruskan kehidupan.

adiadia~
merasa kehilangan memang perit. tp sy percaya dgn adanya rasa kehilangan kita akan lebih menghargai setiap perkara di sekeliling

(Al-Fatihah untuk Dek Nur)

eekmall said...

I am going to visit her tomorrow