H.E.L.L.O.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Ini

Salam Ramadhan semua.

Lumrah setiap kali Ramadhan tiba, saya akan teringat saat-saat berpuasa jauh daripada keluarga ketika zaman belajar dahulu. Zaman berpuasa di perantauan memang banyak kenangan. Pahit ada, manis pun ada.


Saya masih ingat, pernah sekali saya hampir menangis di kafe kerana makanan yang disediakan untuk berbuka puasa tidak cukup untuk menampung keperluan semua pelajar. Penat saya berbaris mahu membeli, apabila tiba giliran lauk sudah habis. Sedih bukan kepalang. Bukan sebab perut lapar, tapi sebab mengenangkan nasib diri jauh daripada keluarga. Pada masa itu, memang terasa sayu. Mahu saja terbang pulang ke rumah. Mujur saya berjaya gagahkan diri sebab kawan-kawan saya pun senasib. Maka hari itu kami beli saja apa yang masih tinggal dan berbuka seadanya.


Ironinya, kini apabila saya sudah tamat pengajian dan kembali ke negeri tercinta untuk berkhidmat di sini, ibu bapa saya pula yang berpindah tempat bertugas. Mujur ada adik saya di sini temankan saya sahur dan berbuka puasa.


Kepada semua,
Selamat Menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga mendapat keberkatan dan kebaikan.

Ikhlas,
Melody.

1 comment:

aLan said...

slamt menyambut ketibaan bulan ramadhan =)