H.E.L.L.O.

Tuesday, August 17, 2010

I Love My Name : Melody


Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi aku memang suka giler dengan nama diri sendiri. Suka sangat-sangat sampai aku rasa nama aku yang paling cantik kat dunia. Hahaha. Oh, siapa-siapa yang masih tak tahu dan tak pasti, nama aku Melody. Betullah macam yang korang nampak kat halaman aku ni, nama aku lah tu. Bukan saja-saja letak Melody sebab suka tengok Melodi kat TV3. Tak ada kaitan ok.

Berbalik kepada cerita nama aku. Aku tau, kadang-kadang ada orang cakap nama aku pelik sikit. Yelah, Siti Melody kan. Lainlah Siti Zubaidah atau Siti Mariam atau Siti Nurhaliza. Hehe. Tapi, aku peduli apa. Aku tetap suka nama Melody tu. Bagi aku, unik. Dan sebab nama aku Melody jugak lah, kawan-kawan lama yang dah bertahun-tahun tak pernah jumpa lagi malah dah lupa rupa aku macam mana, masih boleh ingat aku. dan sebab nama aku Melody jugak, aku jumpa ramai kawan baru. :)

Persitiwa 1:
(Berkenalan dengan kawan baru)
"Hey, your name is Melody? Masa sekolah rendah I ada sorang classmate, nama dia Siti Melody..bla bla bla...tapi tak tau dia kat mana sekarang bla bla bla...."
"OMG! Dude, I'm that Melody!"
(Oh korang, ini versi setelah dialihbahasa ye. Tak adanya aku borak ngan kawan-sekolah rendah sekampung aku stail macam tu, mau kena sekeh sebab lupa daratan karang)

Peristiwa 2:
Aku terbang dari KL, baru mendarat di Kuching International Airport. Korang tau kan kita kena bagi kad pengenalan kat kaunter imigresen?
(Sambil unjuk IC kat cik kaunter imigresen)
"Siti Melody? Awak kawan XXXXXX kan?"
(Tergamam)..."Err...Yup..Macam mana tau?"
(Cik kaunter senyum)..."Saya cam nama awak. Saya kawan XXXXXX"
(Masih tergamam kot).."Oh,ok..." (Senyum kembali)

Aku selalu cerita pasal nama aku kat kawan-kawan aku. Especially Snoodies, diorang pun dah muak kot selama 4 tahun aku dok kat Pahang dengan diorang dulu, ada saja aku ulangtayang siaran langsung cerita "How Melody Got Her Name" tu. Hahaha. Kalau tiba-tiba pensyarah kelas bahasa Inggeris panggil ke depan dan suruh buat impromptu public speaking, terus aku cerita pasal nama. (Sebab masa gabra dah tak boleh fikir nak cakap apa, maka aku cakap je apa yang aku suka)


Apart from my real name, I am also in love with my nickname/nama pena/nama samaran ikut korang lah nak panggil nama apa. iramahati, with small letter i for "i"ramahati ok. :) I first used that name in iRC, hehe those were the days. Tapi lepas dah tak main iRC, nama tu masih lekat lagi dan sampai sekarang aku masih guna lagi. I even made my own phrase/tagline : "irama hati ini kan terus bernyanyi, selagi nafas masih bermelodi". My favourite line. Hehe.

Satu lagi, aku memang pantang tengok barangan yang ada nama Melody atau ada kaitan dengan muzik/melody. Suka sangat! Dulu masa belajar aku ada kumpul lencana yang ada tulisan "melody". Ada warna biru, pink, hitam etc. Pastu barang paling aku suka adalah kotak muzik bentuk hati warna hitam/emas, dan ada tulisan "melody" kat cermin dia. Aku malas nak bangun snap gambar, so korang imagine sajalah ye. Aku pernah dera seorang kawan, ke hulu ke hilir dia kena temankan aku keluar masuk macam-macam kedai, sebab aku nak beli earring yang bentuk musical note. Dan sekarang aku ada jugak simpan buku kecik yang cute tu yang ada gambar kartun comel main music. Masa aku jumpa buku kecik comel tu, aku rasa macam nak borong je semua (Info: Aku suka kumpul buku nota jugak. Suka giler). Ada yang main gitar, main piano, main biola, nyanyi-nyanyi, macam-macam. Tapi akhirnya aku ambil yang gambar main piano je. RM 1.90 satu, nanti aku nak pegi kedai tu beli lagi. Hehe.

Kartun My Melody pun aku layan. Dulu aku nak beli dia punya bantal peluk comel ngan slipper rumah tu



(Kartun My Melody)

Alamak dah tulis panjang sangat. Ok bye.

7 comments:

Ikmal said...

myn pelik

Melody said...

hahahha...dah dengar dah..

nn said...

unik nya nama best best :D

i pun suka fullname i sebab kalau google macam i sorang je ada nama tu. haha :P

Raja Azrul said...

terus terang, aku nak tergelak bila memula dengar nama ko dulu ( masa memula perjumpaan SENANDIKA).

Tapi, aku amat akui nama kau memang unik dan rasanya susah nak cari orang bernama Melody.

Aku pun suka gak nama aku, terutama part Asyadi tu..memang jarang orang bernama itu. Nama Azrul pun suka gak, cuma geng2 UMP je lebih suka gelar aku Raja..

Huhu...

Melody said...

nn: what's your name? meh share.. :)

azrul: tak heran..dah byk kali sgt jumpa org yg rasa lucu ngan nama aku..biasa je..janji aku suka. haha :p hey, i call u azrul what..luv ur name azrul asyadi too.. and suka nama yunika kirana adik beradik. marvellous names!! kudos to uncle khalik ^__^

v3spA CoLLop (^^) said...

ooo Hye melody..hehe nama yg jarang jarang seperti ramalan tok belalang.. Credit to Father n Mother.. Btw nama Nurvendy byk sik??? hehe

Melody said...

hi vendy. camne ktk leh sesat dlm blog kmk tok? hahaha. aouh btw, u r the 1st nurvendy i've ever met. and the one n only yg bernama nurvendy, so far. :)