H.E.L.L.O.

Monday, November 3, 2008

November sudah tiba.

Sudah beberapa waktu blog ini belum terusik.
Bukan tiada kelapangan, tenaga untuk menulis atau pemikiran untuk dicoretkan.
Cuma sesekali terasa seperti mahu menyendiri dan menenangkan jiwa.
Akhir Oktober lalu, aku menjadi kejam demi untuk kebaikan bersama.
Tetatpi akhir Oktober itu juga, aku menemui cahaya dalam kesamaran.


November sudah tiba.
Detik dan waktu itu kian hampir tiba.
Dan aku masih di sini cuba membuat pertimbangan sewajarnya.
Meneliti baik buruk dan segala akibat yang mungkin terhasil daripada tindakanku.
Walaupun aku amat yakin, apabila waktu itu tiba, segala pertimbangan fikir akan hilang dibawa angin dan apa yang akan dilakukan akan mengikut kata hati dan perkiraan emosi.
Namun aku berharap segalanya akan berhasil dengan baik dan profesional.
Kata orang, win-win situation.
Kerana periuk nasi aku letaknya di situ.


Semoga hasilnya baik-baik saja.



2 comments:

Raja Azrul said...

aku nak november berlalu pantas, kerana ingin sangat melalui bulan disember.

Kenapa? Bulan itu adalah bulan kelahiran kita berdua, azwan, fendy, namo dan si dia..hehehe

Melody M. said...

disember, selamanya tetap menjadi bulan yang paling indah, kan?
aku pun menghitung hari menuju penghujung november dan bermulanya disember! ;)