Raungan Si Gadis Hati Rawan - by Melody
Sedih?
Kecewa?
Marah?
Tidak, aku tak kisah andai saja kau jujur dan ikhlas memberi alasan
Bukan, aku bukan berdendam kerana aku hanya jujur melontar perasaan
Benar, memang benar aku sedikit terkilan dan terkesan
Aku tidak selindung bila aku bilang hati aku rawan
Tapi aku tidak sekejam itu untuk menilai dan memberi hukuman
Salah aku terlalu hanyut dibuai kemanisan harapan
Silap aku terlampau leka dengan keindahan impian
Dan apabila mimpi telah menjauh daripada kenyataan
Baru aku sedar selama ini aku hanya terapung di awangan
Aku hanya si gadis hati rawan
Yang meraung kerana masa depan tidak lagi secantik lakaran
-Melody 12:39 Januari 14, 2009-
-di ruang kecil aku-
H.E.L.L.O.
Tuesday, January 13, 2009
Raungan Si Gadis Hati Rawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment