H.E.L.L.O.

Saturday, January 17, 2009

Tak boleh berhenti

Akhir-akhir ini aku selalu rasa nak menyanyi. Sambil petik gitar.
(Walaupun hanya reti kod asas je, aku peduli apa)
Seronok bila dapat nyanyi sambil petik gitar.
Aku rasa macam berada dalam dunia tersendiri.
Dan aku akui menyanyi dengan petikan gitar adalah satu terapi hati yang baik untuk aku.
Eh, jiwang pulak dah!

3 lagu yang aku paling selalu layan sekarang:

1. Lagu untuk Si Gadis Hati Rawan yang sampai sekarang aku tak bubuh tajuk lagi. Mentang-mentang lagu sendiri. Top list tu.

2. Gravity (Cover Sara Bareilles) by Wani Ardy. Somehow aku lebih suka versi Wani kalau untuk aku main gitar sendiri. Tapi untuk layan dengar je tanpa main gitar, aku suka yang versi Sara. Sedap suara Sara nyanyi lagu ni. Aku mula-mula taklah layan sangat si Sara sebab lagu Love Song dia tu bukanlah top list aku. Tapi bila dengar lagu Gravity ni, aku suka.

3. Falling Slowly. Aku tau lagu ni kat Youtube, tengok Wani nyanyi dengan Shukor. Sampai sekarang aku tak tahu siapa penyanyi asal. Mula-mula layan macam biasa, tapi lepas aku dengar budak mana entah main lagu ni dengan piano, terus aku jatuh hati.


Dah tengah malam, aku masih tak boleh berhenti menyanyi. Macam mana ni?
(Mujur tak ada yang komplen)

Cheers~
(^_^)


3 comments:

Daoz said...

xde org komplen lg eh so far?so,biar sy la komplen.hehehehe.ni pesal melalak smpi memlm buta ni,ish3.

rasa mcm nk jumpa sgt!!kan best kalu time knyda konvo nnt kamu ade..waa~

Melody said...

Sy tak melalak. Hanya nyanyi dgn sweet dan pelan je.. Sebab tu takde org komplen, malah boleh buat jadi their lullaby. :p

And yes, sy pun nk sgt jumpa korang...uwaaa!! Dtglah KL....

Daoz said...

bila kmel trun kl?inda igt sudh sy ini.