H.E.L.L.O.

Thursday, January 1, 2009

Suatu Permulaan



SELAMAT TAHUN BARU 2009

Baru sahaja menyambut Tahun Baru 1430H beberapa hari lepas, kini tiba giliran untuk menyambut Tahun Baru 2009 pula. Dua sambutan tahun baru dalam masa tidak sampai seminggu. Dua sambutan yang mungkin diraikan dengan cara berbeza tetapi mempunyai makna yang serupa. Hampir semua yang mengucapkan Selamat Tahun Baru mendoakan perkara yang lebih baik akan berlaku di tahun baru ini. Tiada pula yang mengucapkan semoga bernasib malang di tahun baru. Itu memang fitrah. Manusia mahu menjadi lebih baik dan lebih baik lagi dari hari ke hari. Maju ke hadapan, jangan berundur ke belakang.

Dan saya? Di penghujung tahun 2008, saya seakan hilang sebentar daripada diri saya sendiri. Saya sedikit kalut, sedikit lelah dengan beberapa perkara yang hadir dalam hidup saya, seakan mahu menyerah pada pertarungan yang saya hadapi. Dan saya akan berusaha untuk menjadikan kehadiran tahun baru ini sebagai suatu permulaan untuk saya menyusun atur kehidupan saya semula. Saya sedar saya bukan manusia sempurna, kerana itu saya dengan rendah hati melihat kembali kehidupan saya sepanjang tahun lalu, dan cuba untuk memperbaiki apa yang lemah, menambah apa yang kurang, membuang apa yang tidak elok, dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Saya harap anda juga begitu. Sama-samalah kita mencorakkan tahun ini dengan lakaran yang lebih indah.

Oh ya, sambutan tahun baru saya? Ketika anda mungkin sedang countdown dan melihat percikan bunga api, saya dengan senang hati berada di tempat kerja untuk bertugas (Ya, saya sekarang memblog dari tempat kerja dan akan balik jam 7.45 pagi nanti). Sebab saya tahu, tahun baru bukan sekadar bermakna mengira detik menunggu jam 12 tepat sambil melihat bunga api dengan iringan konsert dan parti semata-mata. Tapi lebih daripada itu.

Sambutan tahun baru anda pula bagaimana?


4 comments:

Ruzzaida said...

happy new year kak mell..
wish u have a fun and joy in this year..

p/s : klo da nk mkn nasi minyak, jgn lupe jemput.. hik3

Daoz said...

hp new yr sis!!

loads of luvs,
daoz.yg.encem~

::.chocolate ice.:: said...

kak mell..

camat taun bru gak..

n nnt selamat tiba ke tanah semenanjung..

jom lepak2 sambil minum kopi kt kopitiam..lalaala..

Raja Azrul said...

aku hanya berada di rumah dan mengira detik tahun baru di hadapan tv.

Bagi aku, tahun baru tidak ada apa2 yang istimewa, cuma sekadar perubahan tarikh...

apa2pun banyak gak kenangan terindah tahun 2008, dan insyallah 2009 kita akan bertemu..