H.E.L.L.O.

Tuesday, April 28, 2009

Pertama Jumpa...Bagaimana?

Kata orang, pandangan pertama tu penting. Apa penerimaan orang terhadap kita untuk hari-hari mendatang akan ditentukan dengan first impression? Betul ke?

Selalu aku ingatkan diri supaya jangan terbawa-bawa sangat dengan first impression ni. Sebab kadangkala looks can be deceiving. Bak kata orang jangan menilai buku tu daripada kulitnya saja. Tapi kita pun manusia biasa. Ada masanya, tidak dapat tidak, kita akan secara tanpa sedar menilai seseorang dari pandangan pertama. Betul kan?

Pertama jumpa kita nampak dia sombong lagaknya
Dah kenal, baru tahu dia pemalu sebenarnya
Pertama jumpa kita nampak dia kasanova olahnya
Dah kenal, baru tahu dia terlebih peramah sebetulnya
Pertama jumpa kita ingat dia perasan bergaya
Dah kenal, baru tahu dia tak macam tu hakikatnya
Pertama jumpa kita fikir dia tunjuk pandai sentiasa
Dah kenal, baru tahu dia hanya suka berkongsi maklumat sahaja
Pertama jumpa kita ingat dia begitu begini
Tapi sedarkah, orang lain mungkin fikir yang sama tentang kita

Kenapa susah benar nak jadi manusia yang berhati murni ya?




**Agaknya apa yang kawan-kawan aku fikir tentang aku saat pertama jumpa ya? **


p/s :Teringat ketika aku dan Snood Inc Ladies kesayangan bicara tentang saat pertama kami kenal. Macam-macam confession of 1st impression keluar. Haha! Lucu bila ingat balik,kan girls!! (Haih. Aku rindukan kami bersepuluh)



Chill!!
(^_^)

3 comments:

Anonymous said...

first impression..huhu..da 1st one time MGB lah kot,when people call out ur name (raja kot) time tu kak mel kt blakg dkt booth senandika if im not mistaken.. so time tu pjg la leher nk tgok yg mane satu tn empunya nama..dgr name pn kmk dah impress bah..kacak aih nama kitak..

then kenal time praktis utk siswa merdeka..erk..i tot we r sebaya,at least xde la sangka u r 4th yr kan.. ahakss..selamba jak time ya sekda pn nuggah ktk kakak ka apa.. ini bkn brmaksud ktk awet muda ok,tp childish..hahahaha...

pasya time MIS,1st time nangga ktk berlakon..tros jatuh hati dgn wan seri antah(menarkah tok nama watak ktk,suka ati jak haha)..jelingan nang menggoda abes walaupon pakei kain sarong jak..kacak tito makeup time ya nak..tp tetap hero-heroin femes time tuh mmg xboleh blah (miming lagu pgl) eh2..lari topik..

pendek kata,mmg from d beginning la nmpk kak mel mmg easy going,cpat je kta melekat ye..dr double date kt cosmo world smpi quest for love trip..

ps:pasni ade la tu org citer psl 1st time jupe kat pdg men hoki..larikk!!

pss:aiyoo..ktk dah buat kmk sedih..teringt kenangan2 silam yng menggamit memori(scripted sgt)..sob3..

Raja Azrul said...

memula kenal kau ialah time drama..masa tu tak rapat sangat, dan time tu ko tidak bertudung. Muka manis, malu-malu dan tak sangka pulak yang kau memang pandai berlakon!!

Hehehe...tak sangka, masa tu juga lah kita terus jadi member. Dan...persahabatan kita makin kuat bila ko jadi vice aku, dan kita pergi JB sesama...seronok!!

Tapi jujur aku cakap aku suka kawan ngan ko..bestnya dapat jumpa ko lagi!!

Nyda Zamani said...

hek elehhhh
daoz poyo!!
akak bukan jumpe kak mel kat padang hoki for the first time laaa..
buekkk!!!
sejarah sy knal kak mel kat pentas drama..hehehe~
tapi kebanyakan org tertarik ngn kak mel sbb nama kan
tapi nama kamu memang cantik sgt
suke sgt..hehehe
memule ingat kak mel ni sombong
tapi bile dah knal rupenye tak..hehe (mungkin terpengaruh dengan watak yg kak mel bawak masa tu..hihi)
sbb tu la org kate tak knal maka tak cinta...
bertuah dapat mengenali kamu
luv u forever sis!
thank God i found u!!