H.E.L.L.O.

Sunday, June 28, 2009

Bermain Futsal Bersama Hot FM


Ada pulak yang tanya aku, tak main futsal dengan Hot FM ke nanti?

Aku diam je. Mentang-mentang aku dah lama tak join kawan main futsal (atau sebarang sukan lain) sejak dah ada kerja ni, nak perli la tu. Nasib baik aku tak pernah bagitau dia aku ada blog, kalau tak, sure dia nampak aku mengata dia kat sini. Hahaha.

Ada lagi lepas tu.
Katanya, kalau aku mendaftar, sure dapat terpilih join geng The Hangits, sebab nama aku Melody. Fara Fauzana kan pengacara Melodi. Wah, tak sayang mulut. Saja la tu. Aku tau la nama aku best. Hihihi.

Lepas tu dia kata lagi.
Datanglah, boleh tengok Hafiz AF7 menyanyi. Macam tak tau je aku kurang minat Hafiz AF7 ni. Alamak, habislah kalau peminat tegar Hafiz baca kenyataan aku ni. Tempat kerja aku ramai giler penyokong Hafiz. Huhuhu.

By the way, siapa mahu pergi esok, sila jangan ajak aku. Ok?


Tempat: Tempat Letak Kereta Sukma Ria Kuching Sarawak (dekat giler dengan rumah aku, jangan pulak aku pergi/balik kerja esok jalanraya sesak dibuatnya)
Tarikh: 28 Jun 2009 (Ingatkan esok, rupanya dah masuk 28 hari ni)
Masa: 10am - 5pm (Okeh. Masa untuk aku tidur!! Grrr..)

Alasan macam-macam. Sebenarnya malas nak pergi sebab kerja malam ni dan malam esok. Kang tak pasal-pasal aku pengsan keletihan dalam fab siapa yang susah. Haih



(Lainlah kalau Wani Ardy yang datang berpuisi kat Kuching. Atau ZA datang berteater. Atau Snoodies cuti-cuti Malaysia. Atau Senandika jalan-jalan cuci mata. Terus aku mintak cuti. Hehe)


Chill!!
(^_^)

Sunday, June 21, 2009

Aku Akan Kembali (Hari Itu Akan Tiba)

Aku banyak benda nak tulis, tapi belum ada daya nak aktifkan blog aku macam dulu. Online kat handphone aku ni, banyak yang terhad. Boleh main Facebook, tapi tak boleh masuk emel (yang pada aku lebih penting lagi). Boleh pergi Youtube, tapi tak boleh tengok video. Boleh baca blog, tapi tak boleh komen/post entri baru.

Jadi sekarang aku hanya bertemankan buku nota warna biru comel itu kalau aku terasa nak menconteng.

Nanti-nantilah, ada rezeki aku beli laptop baru. Hari itu akan tiba juga nanti. Minggu lepas adik aku dah ajak pergi survey laptop baru tapi aku tak larat pulak sebab keletihan. Lappy, tunggu saja. Sampai waktu aku akan bawa kau balik rumah. Sumpah aku akan jaga kau baik-baik!


Tapi kalau nak ada laptop baru aku kena gigih sikit.


Chill!
(^_^)



Friday, June 12, 2009

Entri Ini Khas Untuk Kamu, Si Durjana Penceroboh Bilik Aku!!!!

Kau memang tak tahu malu, kan?
Sesuka hati ceroboh masuk kediaman orang tanpa segan silu.
Masuk bilik aku pulak tu. Dah tak ada tempat lain kau nak ceroboh ke?
Kau memang pemalas, kan?
Tak mahu cari kerja tapi ambil harta orang ikut suka. Kalau kau nak kerja, aku boleh upah kau potong rumput belakang rumah aku. Tapi kerja mencuri di rumah aku jugak yang kau nak buat.
Kau memang tak akal, kan?
Kalau tak, takkan kau tak tahu apa yang kau buat itu dosa. Aku tahulah aku tak banyak ilmu agama. Tapi sekurang-kurangnya aku tak ceroboh bilik orang, tak curi harta orang.
Kau memang suka jadi sampah,kan?
Sampah yang menyesakkan dan membusukkan pemikiran orang lain. Macam sekarang ni, kau dah jadi sampah dalam kepala aku. Siapa suruh kau curi harta yang paling aku sayang. Kalau tak, aku takkan anggap kau sampah masyarakat yang keji.


Kalau ye pun kau nak mencuri,kenapa kau curi laptop kesayangan aku, aset pertama yang aku beli dengan duit titik peluh sendiri masa mula-mula lepas dapat kerja sendiri, yang aku gunakan untuk keep in touch dengan kawan-kawan (dan...) setiap hari?

Kenapa? Kenapa? Kenapaaa??? Sentimental value tu oi!!

Kepada kwn2 yg selalu berbalas emel, chatting, ber-facebook, ber-bloghopping etc dengan aku, ini sebabnya sekarang ni aku jarang online. Sebab manusia durjana tu dah curi laptop aku, sekali dengan modem dan sim kad broadband (yang telah aku block dan dapatkan yang baru di centre broadband tu maka sekarang aku hanya online kat rumah guna handphone je - sangat tak selesa oi!) dan charger laptop. Barang lain dia tak ambil (kecuali handphone Motorola adikku). Laptop (tanpa beg laptop pulak tu, memang serabai ah kau pencuri!) dan handphone je. Aku pun tak faham apa motif dia. Kalau nak harapkan ada gambar-gambar panas aku dalam laptop tu untuk disebarkan ke mata umum, jangan haraplah!!!

Monday, June 8, 2009

Jatuh Cinta

Bulan sangat cantik malam ini. Buat aku teruja. Terang bulan macam bagi sinar kat jiwa aku. Bila aku rasa aku hilang upaya dan tiada tenaga, cahaya bulan macam bagi semangat dan cas diri aku. Aku jatuh cinta pada bulan malam ini. Ya, dengan bulan. Malam ini saja. Malam esok belum tahu aku akan jatuh cinta dengan siapa apa pula. Bintang, mungkin?

Aku pun sms lah beberapa orang insan yang bertuah malam ini. Konon mahu share the beautiful moments together. Haha..entah apa-apa saja aku ni kan? Tapi tahu tak, seorang pun tak bagi jawapan yang positif. Ini yang nak geram ni.

Yang kat pantai timur kata bulan tak nampak, nampak bintang saja. Yang kat utara pun sama, tak nampak bulan yang indah tu walaupun dia dah siap berlari-lari keluar daripada bangunan dan menghentikan aktiviti membeli-belahnya buat sementara waktu khas untuk menjenguk bulan. Yang di selatan lagi la..haram tak balas sms. Yang di tengah-tengah kata, langit muram, tiada bulan.




Haih... Korang tahu tak korang dah kerugian yang sangat besar kerana tidak berkesempatan melihat indahnya bulan malam ini!!!! Sayang tau....



(P/s: Ini bukan bulan yang aku nampak malam ini. Ini bulan yang aku culik dari Google. Sekian,terima kasih!)



Adakah aku secantik bulan malam ini?
Hahaha.. Soalan propa. Jangan jawab. Aku kata jangan jawab sila jangan degil ya..



Chill!!
(^_^)

Thursday, June 4, 2009

Shhh...


Hey. Lekas. Keluar kamu dari ruang ilusi milik aku ini.
Dan jangan pernah kembali jika bukan di alam realiti.
Kerana ini bukan tempatnya aku membunuh diri
dengan menanti sesuatu yang tidak pasti.
Jika kamu mimpi, aku mahu celikkan pejam ini
Jika kamu fantasi, aku mahu hilangkan angan ini
Jika kamu benar, maka tampilkan diri.
Kerana ini bukan tempatnya kamu menyeksa aku yang belum mahu mati.

Wednesday, June 3, 2009

J.O.D.O.H (part 2)



Dulu aku pernah nak jodohkan 2 orang kenalan aku. Aku pernah tulis kat sini sebelum ini. Tak menjadi sebab bukan kuasa aku nak jodoh-jodohkan orang lain. Itu kisah bulan Februari. Sekarang sudah masuk Jun. Tahu apa yang aku dengar?

Kisahnya sekarang, si gadis kembali solo. Si jejaka memang dari hari tu lagi masih solo. Aku dengar, si gadis tertarik dengan si jejaka ni. Tapi belum berani mahu dekatkan diri sebab menurutnya si jejaka ni bukan calang-calang orangnya. Ada kerjaya. Ada nama. Keluarga pun baik-baik. Well, nampaknya things will go naturally bila manusia-manusia lain (termasuk aku) tak masuk campur, kan? Aku gembira, tapi entah kenapa aku rasa berdebar.

Aku korek-korek daripada si jejaka. Nampaknya si jejaka tak tahu si gadis ni minat kat dia dalam diam. Aku biarkan saja, because I want it to go naturally. Kalau campur tangan lagi macam hari tu, nanti lain jadinya. So aku just pantau dalam diam saja. Still, aku rasa sangat berdebar. Entah kenapa.

Dijadikan cerita, baru-baru ni mereka bertemu di suatu majlis keramaian. Mereka ni memang kawan, tapi masing-masing sibuk dengan kerja, jadinya jarang jumpa. Sekali sekala saja. Tahu apa jadi lepas tu? Lepas majlis, malam tu, aku dapat berita.

Kisahnya, si jejaka mula tertarik dengan si gadis. Mula mahu rapatkan diri.
Dan si gadis pula, bila semakin rapat dengan si jejaka, katanya dia sudah tidak minat padanya.
Aku pula, entah kenapa, tersenyum lega.

Musykil.


Monday, June 1, 2009

Mengimbau Memori Sunflowers 1.20

Beautiful weekend indeed. I'm glad I made up my mind not to go to KL. Why? Because my days had been very special and there's no way I can have another same day as it was.

Sabtu lepas aku pergi majlis akad nikah kawan aku. Nama dia Reena. Ex-classmate masa Form 5, tapi betul2 rapat masa jadi 'roommates' kat Matrix Labuan. And yes, to be true aku memang dah lama tak pergi majlis akad nikah sesiapa. I mean, pergi yang terlibat sama. Sama-sama teman pengantin pompuan tunggu pengantin lelaki datang rumah. Sama-sama nervous dan tak senang duduk.

Haha. Giler ah. Aku nervous mengalahkan pengantin. Kejap-kejap aku bangun, duduk balik, bangun balik. Pastu panas tak pasal-pasal, padahal bilik tu sejuk je. Serius nervous weh!! Belum lagi aku yang jadi pengantin. Fizah gelak je tengok aksi aku. Nasib baik aku tak keseorangan sebab Gracie pun sama nervous macam aku. Melisa macam biasa, tetap maintain cool dan menjaga kebajikan bakal pengantin. Harapkan aku (atau Grace), kitorang dok kalut layan nervous kitorang aje. Haha. Tapi at last selamat jugak semuanya. Lega giler lepas Erud berjaya lafazkan akad nikah. Mula-mula aku try gak kontrol macho, tapi takleh la. Jatuh jugak air mata terharu aku. Hahaha. Emo mengalahkan pengantin pompuan. Tak pasal-pasal maskara aku comot (sapa suruh tak pakai yang waterproof kan).

Sayangnya C-la tak dapat datang. Kalau tak, boleh lengkapkan pertemuan gadis-gadis Sunflowers 1.20 hehe. Sunflowers 1.20 tu nama geng roommates aku masa matriks. [Sunflowers = C-la, Melisa, aku, Greyz, serta external roommate yang akhirnya diiktiraf sebagai roommate rasmi iaitu Reena] Kenapa Sunflowers? Sebab bilik kami yang bernombor 1.20 sinonim dengan nyanyian lagu bunga matahari. :) Eh, bilik kami dan ahli-ahli bilik dulu famous tau, jangan tak tau.

Famous kat aras sebab kaki membising masa basuh baju sbb geng bilik kami basuh baju berjamaah dan transform tpt tu jadi pusat karaoke tak bertauliah, termasuk dgn acara buat video klip sendiri. Ya ampun. Selain daripada arena basuh baju, kami jugak suka melalak menyanyi dalam asrama dengan gigihnya.

Famous kat hostel sebab suka ketuk pintu bilik orang tengah2 malam bila orang dah get ready nak tido untuk tanya mcm mana nak selesaikan soalan tutorial, padahal waktu prep ada, tapi taknak tanya pulak masa prep (sebab time orang lain pegi prep ahli bilik kami suka wat aktiviti lain *haha* bila orang dah abis prep, time tu la baru terhegeh-hegeh siapkan tutorial).

Famous ngan ketua aras sebab suka buat hal (takdelah gangster, kami nakal sikit je). Aku paling tak boleh lupa masa kami kantoi sewaktu memasak omelette (saja nak sebut macam tu kasi gempak sikit, padahal telur goreng je pun) dalam bilik, pastu ketua aras datang bilik kami yang tengah berasap2 tu (adalah kisahnya di sebalik asap2 tu, masib baek takde smoke detector kat bilik).

Famous di kalangan lecturer sebab suka melepak kat Menara Pentadbiran (ala2 bilik guru la kalau kat sekolah, or fakulti kalau kat U), tapi melepak tu 10 minit je tanya soalan pasal pelajaran, selebihnya sibuk beramah mesra ngan lecturer (sampai ada yang kena gosip berchenta ngan lecturer *ehem*), sibuk kenenkan lecturer sesama lecturer, sibuk hal2 yang tak sepatutnyalah (seperti cari info pasal student yg kami minati). Ya ampuuunnn, patutlah tak dapat A!

Famous di kalangan warden asrama sebab 3 daripada 4 ahli bilik adalah AJK asrama (tapi aku tak ingat plak kitorg dulu under Biro apa, kalau tak silap Biro Disiplin kot. Ironi sungguh!), tetapi pada masa yang sama di luar pengetahuan warden kami jugak yang banyak langgar peraturan seperti tak pergi prep, bawak masuk peralatan elektrik terlarang, panjat bumbung hostel (aktiviti wajib student KML *hahhaha*), menyeludup masuk bilik TV tengah2 malam sebab bosan nak study (dengan gigih kami cuba bukak kunci bilik TV tu, berjaya akhirnya). Paling tak boleh lupa bila last minute dapat info pasal kena buat room spot check, kami seisi bilik dengan gigih dan bersatu hati menyorok segala peralatan2 yg tak sepatutnya (seperti brg2 letrik) dengan kadar segera, pastu hampir kantoi sebab time gigih main sorok2 tu minyak masak menitik2 atas lantai dan titisan2 tu tinggalkan jejak ke tempat penyimpanan rahsia kami. haih.

Famous di kalangan gossip girls blok kami (serta sebahagian warga blok sebelah) kerana kehebatan rumet kami menyiasat kes2 yang berprofil tinggi *haha, nak jugak tu perkataan berprofil tinggi :p* yang berlaku kat matriks. Seperti kes student kena tangkap itu ini, kes macam-macam la. Yang sebenarnya, kami bukan handal sangat pun menyiasat, tapi entah kenapa la secara kebetulan dan tidak dirancang, ahli2 bilik kami seringkali berada berhampiran tempat kejadian ketika kejadian itu berlaku, plus with all the links that we have ngan warden/lecturers, pastu ahli gosip blok jadikan bilik kitorg macam pangkalan plak (I seriously dont know why people like to visit our room), semua orang singgah bercerita kat kami, so tell us how can we not know all the info. Dengan info2 itulah kami serumet memerah otak mencari penyelesaian di sebalik setiap misteri (memerah otak utk study malas plak, tang ni laju je nak memerah otak (-_-') haih). Paling best masa kes seorang budak itu menghilangkan diri di tengah malam (antara top famous case back then), entah camne la saksi2 kejadian boleh singgah berkumpul bercerita kat bilik kami walaupun ada antara saksi2 tu kami tak kenal/tak rapat pun!

Mak aih aku dah jauh tersasar. My intention was to write an entry of Reena's wedding, dah bertukar jadi entri tribute to Sunflowers 1.20 plak dah. Cukup-cukuplah. Kalau nak cerita tak abis nanti. Even though kami setahun je kat sana, tapi kenangan macam orang dok sana 5 tahun. Hahhahhaha..



Chill!! (^_^)
Selamat Pengantin Baru Reena sayang!!



Sebelum menamatkan entri, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu rasmi bilik kami iaitu lagu Bunga Matahari. Fyi, lagu ini sering kami nyanyikan bila kami rasa down, tension, gembira, mahu menaikkan semangat dan sebagainya. Pendek kata, bila-bila masa sama ada sewaktu berjalan-jalan di sekitar Labuan mahupun sebelum melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke dewan peperiksaan. And we also have the action to do while singing. Siapa kenal kami masa matriks memang tahulah. Paling tak boleh lupa masa ikut rombongan KML melawat apa tempat ntah (Taman Burung Labuan kot), pastu ada la budak2 girls yang gatal mulut dok request kami nyanyi lagu tu. Tapi boleh plak kami serumet selamba nyanyi lagu kanak-kanak tu dengan aksi sekali kat depan budak2 ni (and depan lecturer pengiring jugak) huhu.



Bunga Matahari - ntah sape cipta, ni lagu kanak-kanak

Bunga matahari sangat cantik
Kembang di waktu pagi
Daunnya hijau, bunganya kuning
Memikat kumbang lalu.....

Bunga matahari sangat cantik
Di hadapan rumahku
Darilah pagi hingga ke petang
Tak jemu ku memandang..
Yay!!


Sekian, entri ini sudah terlalu panjang. Jarang aku tulis panjang-panjang dan merepek macam ni. Haih.


Chill!!!