Ada pulak yang tanya aku, tak main futsal dengan Hot FM ke nanti?
Aku diam je. Mentang-mentang aku dah lama tak join kawan main futsal (atau sebarang sukan lain) sejak dah ada kerja ni, nak perli la tu. Nasib baik aku tak pernah bagitau dia aku ada blog, kalau tak, sure dia nampak aku mengata dia kat sini. Hahaha.
Ada lagi lepas tu.
Katanya, kalau aku mendaftar, sure dapat terpilih join geng The Hangits, sebab nama aku Melody. Fara Fauzana kan pengacara Melodi. Wah, tak sayang mulut. Saja la tu. Aku tau la nama aku best. Hihihi.
Lepas tu dia kata lagi.
Datanglah, boleh tengok Hafiz AF7 menyanyi. Macam tak tau je aku kurang minat Hafiz AF7 ni. Alamak, habislah kalau peminat tegar Hafiz baca kenyataan aku ni. Tempat kerja aku ramai giler penyokong Hafiz. Huhuhu.
By the way, siapa mahu pergi esok, sila jangan ajak aku. Ok?
Tempat: Tempat Letak Kereta Sukma Ria Kuching Sarawak (dekat giler dengan rumah aku, jangan pulak aku pergi/balik kerja esok jalanraya sesak dibuatnya)
Tarikh: 28 Jun 2009 (Ingatkan esok, rupanya dah masuk 28 hari ni)
Masa: 10am - 5pm (Okeh. Masa untuk aku tidur!! Grrr..)
Alasan macam-macam. Sebenarnya malas nak pergi sebab kerja malam ni dan malam esok. Kang tak pasal-pasal aku pengsan keletihan dalam fab siapa yang susah. Haih
(Lainlah kalau Wani Ardy yang datang berpuisi kat Kuching. Atau ZA datang berteater. Atau Snoodies cuti-cuti Malaysia. Atau Senandika jalan-jalan cuci mata. Terus aku mintak cuti. Hehe)
Chill!!
(^_^)
5 comments:
jauhnye sarawak tuh..hehe
jauh di mata dekat di hati. :)
sarawak?? boleh jer kalau ada bajet lebih..hehehe
kalau tulah kalau nilah..so,pergi x?huhu..sy tgu kemunculn kamu utk koken2..
haha. sy pergi kejap lah daoz. dgn gigihnya walaupun belum tido sepanjang mlm tp pagi tu pegi jugak sbb nak support my ex-rumet ada bukak gerai/booth kat karnival tu. kalau (kalau lagi) rajin nantilah sy tulis entri pasal tu.
koken? bad news. bajet koken sy telah lari kerana membeli laptop baru. huhu. mungkin kena tangguh lagi. haih.
Post a Comment