Dia kata dia mahu cari hati terpakai
untuk dia sayang, untuk dia belai
Lalu aku tanyakan padanya
"Kenapa hati terpakai?"
Jawabnya
"Kerana ia tahu bagaimana pedihnya kecewa, macam aku.
Kerana ia tahu bagaimana sakit ditinggalkan, macam aku
Kerana ia pernah merasa segala macam kesedihan, macam aku.
Dan ia tentu tak mahu jadi penghancur, seperti mereka sebelum ini.
Maka hatinya yang sudah tinggal separuh itu boleh aku penuhkan dengan hatiku yang juga tinggal separuh ini."
Aku diam.
3 comments:
waa..tersentuh hatiku~
tp saya tamak, sy nak hati yg penuh. sekurang2nye nti kalo die wat hal, sy masih ade separuh hatinya....
adiadia~
ouch..sbb tu dia cari hati terpakai,dgn harapan supaya hati yg pernah dilukai itu tidak akan melukai
Post a Comment