H.E.L.L.O.

Wednesday, June 16, 2010

Teori Si Budak Kecil : Ke Mana Abang Saya Menghilang?

Masa saya kecil, saya sangat menginginkan seorang abang. Saya rasa, semuanya bermula semasa saya darjah 1 dan ada seorang budak darjah 2 bernama Bob tumbuk saya kat sekolah. Saya tak ingat dia siapa, kenapa dia kenakan saya atau apa-apa selain daripada fakta dia pernah tumbuk saya sekali itu di tepi tangga. Sejak tu, saya selalu fikir, kalau saya ada abang kat sekolah tu jugak, mesti Bob tak berani buli saya si budak darjah 1 yang baru masuk sekolah.

Masa darjah 1 dulu, saya ada satu geng. Ini geng tadika dan jumpa balik semasa darjah 1. Senang sikit saya masuk sekolah rendah sebab dah ada geng. Tak adalah kes mak saya kena tunggu di tepi tingkap. Dalam ramai-ramai geng ni, salah seorangnya, yang juga merupakan jiran sekampung saya, ada abang yang sama umur dengan si Bob pembuli tu. Abang kawan saya nilah yang selalu jaga kami masa kecil dulu. Well, actually dia jaga adik dia lah kan tapi sebab saya satu geng adik dia, tambahan kami jiran sekampung dan rumah dekat jadi secara tak langsung, saya rasa macam saya pun kena jaga jugak la. Haha.

Saya paling ingat ada suatu hari saya rasa macam nak nangis je sebab waktu rehat dah nak habis tapi saya tak boleh nak minum air Ribena botol yang mak saya suruh bawak pegi sekolah. Sebab apa? Sebab botol Ribena tu punyalah payah nak buka penutup dia. Sepanjang waktu rehat saya dan kawan-kawan saya cuba pulas penutup botol tu tapi masing-masing tak berjaya. Saya sedih sangat masa tu sebab air Ribena yang sedap tu saya tak boleh minum, waktu rehat pulak dah nak tamat. Tapi, entah dari mana, tiba-tiba abang kawan saya tu datang kelas kami dan dia tolong saya buka penutup botol tersebut. Saya bukan main gembira lagi. Terus dia jadi superhero di hati saya. Haha.

Sejak tu jugak, saya semakin mahukan seorang abang. Saya membesar dengan suatu kepercayaan yang saya memang ada abang, and he is somewhere out there. What's more, I even made theories on "Di Mana Abang Saya" semasa kecil dahulu. (T___T)

It used to be something very personal for me during my school days. Jarang kot saya share dengan orang pasal "Teori Kewujudan Abang Saya". Hanya beberapa orang saja yang pernah baca/diberitahu pasal teori-teori ni. Tapi sekarang ni bila fikir balik pasal teori tu, memang mengarut giler lah!! Mengarut tahap langit ke-7. (-_-')

Ada masa nanti saya share Teori Kewujudan Abang Saya tersebut di sini. Haha. Memang teori yang entah apa-apa.

P/s: I still want my own big brother nowadays (I do! I really do!!), tapi saya taklah semengarut masa saya kecik dulu yang tak boleh terima hakikat saya anak sulung siap buat teori kewujudan abang sebab percaya saya ada abang kat luar sana. Kecik-kecik dah in denial. Haih. Sekarang dah besar, dah boleh terima kenyataan yang saya tak mungkin ada abang kandung. Hehe.
(Tapi, tak pernah pulak buat teori kewujudan kakak. Kecik-kecik dah bias. Hahhahaha.)



7 comments:

schuhada said...

how about husband instead?
husband pn seorg lelaki yg theoretically harus menjage ko. sbb klau ko nak abang kandung haruslah mustahil kan...

Wan Zuraida said...

teori skang: abang sy iaitu husband sy...

Melody M. said...

art: abang lain, husband lain. abang sedarah. impian kanak-kanak aku. hehe. memang mustahil, nama pun impian. korang kalau baca teori kanak-kanak aku tu mesti geleng kepala kot.

wz: teori sekarang? haha.. pandai-pandai je kamu.

Raja Azrul said...

cerita ko masa kecik ni boleh dibuat novel atau naskah teater...

tajuknya..

dimana abang aku?

hehehe

Melody M. said...

Erm..sesuai buat monolog kot. Cuma aku xcukup kreatif nak olah. Tengoklah,kalau rajin aku cuba. But seriously,the theories are soooo ridiculous! Budak kecik memang suka berangan kan? Atau mungkin aku banyak sgt tgk tv.

Nyda Zamani said...

hehe..suka cerita kamu ni
^_^

Melody M. said...

Nyda: Bukan cerita, tapi ini memang kisah benar. Giler kemaruk nakkan abang sendiri sampai buat macam-macam teori. Budak kecik. Hehehe.