Rahsia.
Semua orang ada rahsia. Besar, kecil, baik, buruk, bersih, kotor, selagi kau simpan seorang dan kau tak berniat mahu kongsi dengan orang, tetaplah rahsia namanya. Walaupun setakat fakta kau nak makan coklat tapi kau tak mahu sebab kau takut gemuk, selagi tak beritahu orang, itu adalah rahsia kau.
Rahsia.
Bila seseorang dah amanahkan kau untuk simpan rahsia dia, maka kau kena simpan. Biar sekecil mana sekalipun, kau mesti simpan jugak. Sebab itu amanah yang dia dah turunkan pada kau. Jadi, kalau kawan kau larang kau beritahu mak dia yang dia balik lambat setiap hari sebab kerja sambilan kat kedai Ah Liong hujung kampung demi nak belikan baju kurung baru untuk harijadi mak dia, kau senyap.
Rahsia.
Tapi ada juga rahsia yang memakan diri. Kau simpan, kau sakit. Kau luah, kau sakit jugak. Jadi kau terhimpit. Kata orang ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikulum dalam mulut pun mati anak. Jadi macam mana?
Rahsia.
Ada orang bila tak boleh simpan rahsia tapi tak boleh sebar rahsia, dia pergi cakap dengan pokok. Atau dengan kucing. Atau pada angin. Atau pada bulan. Sesetengahnya tulis atas kertas sampai puas, lepas tu carik-carik dan bakar jadi abu. Atau lipat jadi kapal dan pergi ke laut dan lepaskan ia dimakan ombak. Mungkin juga sumbat dalam belon dan lepaskan ia terbang ke langit tinggi.
Rahsia.
Ada yang hantar ke ruangan berkongsi rahsia secara rahsia.
Kamu? Kalau ada rahsia yang tak tertahan tapi tak terluahkan, kamu buat apa?
4 comments:
if ade rahsia ?? tp x leh cter kt org len ??? urmmm.. jewit kuat2 kt tmpat yg lapang n x de org kot.. wat je la pape yg leh tng kn atie..
tulis dlm diari dengan harapan dah terluah. tp cr satu mslh lah plak, kene pastikan diari tu tak jatuh ke tgn org lain. jd.... elakkan menyimpan rahsia org. hahahha
salam kenalan...
sy klu ade rahsia tp x leh nak luah kan slalu nye tulis kat diari lah...tp kdang2 kntoi jg sb ade y gatal tgn nak buka diari org...
-mamat-
mana nak cari tpt lapang takde orang tu?
-wanzu-
same as me, write! tapi saya tak tulis diari. bahaya nanti orang baca. i usually either encrypt it so that org lain pun tak phm (dan sy pernah terjumpa balik encrypted note masa zaman sekolah, serius diri sendiri pun dah tak paham apa yg ditulis tu sbb petunjuk kod tak ada), tp kebiasaannya sy tulis, conteng, koyak dan buang je.
-mizct10-
salam kenalan kembali ;)
diari kalau betul2 private takpe jugak. kalau org jumpa, tu yg rahsia terbongkar tu. kita pegi post kat postsecret.blogspot.com as anonymous je lah. hehehe.
Post a Comment