Semalam aku tulis sajak yang tidak seberapa, khas buat Si Gadis Hati Rawan (bukan nama sebenar) yang bersedih kerana sesuatu perkara yang aku rasa tak perlulah dinyatakan di sini. Ini bukan cerita cinta. Ini kisah Si Gadis Hati Rawan yang hampir menangis kerana apa yang dia impikan dan hajatkan selama ni hanyalah wujud dalam bayangan. Macam buih-buih kecil di lautan. Betapa dia mencuba untuk mempertahankan buih-buih kecil tu agar terus kekal di situ, tapi sekali ombak datang, pecah jugaklah buih-buih tu tadi.
Samalah macam impian Si Gadis Hati Rawan tadi. Betapa dia cuba berusaha dan bertahan agar hajatnya untuk mengecapi kegembiraan bersama seseorang itu kesampaian, tapi apalah gunanya kalau hanya dia seorang yang bersungguh-sungguh. Jika pihak yang satu lagi itu tidak peduli langsung, takkan jadi juga.
Maka, untuk Si Gadis Hati Rawan, aku cipta dan dedikasikan lagu ini untuk kamu. Aku bukanlah hebat mana pun, aku sedar lagu ini bukanlah bagus, kalau hantar kat Muzik-Muzik/Anugerah Juara Lagu pun belum tentu orang pandang. Tapi lagu ini ikhlas untuk kamu wahai Si Gadis Hati Rawan. Sebab aku tak mahu kamu selamanya rawan seorang-seorang. Aku mahu kamu tahu bahawa ada orang lain yang lebih worth it untuk kamu. Dan aku juga mahu kamu sedar bilamana seorang melupakan kamu, ramai lagi yang lain yang sanggup untuk bersusah-senang bersama kamu. Percayalah.
Biarkanlah
Lepaskanlah
Semua yang termungkir dan terusir
Lupakanlah
Buang saja
Segala rasa itu
Semua kenangan lalu
Lepaskan saja, jangan terbelenggu
Mulakan hidup baru
Dengan semangat jitu
Lakukan saja tanpa ragu
Aku di sini untukmu
Aku setia membantu
Aku di sisimu selalu
Aku tetap bersamamu
Segala rasa itu
Semua kenangan lalu
Lepaskan saja, jangan terbelenggu
Mulakan hidup baru
Dengan semangat jitu
Lakukan saja tanpa ragu
Aku di sini untukmu
Biarkanlah
Lepaskanlah
Semua yang termungkir dan terusir
Lepaskanlah
Buang saja
-Melody, Januari 14 2009, pada suatu petang yang hujan, di ruang kecil aku-
Mungkin ada di kalangan anda juga mengalami nasib yang sama seperti Si Gadis Hati Rawan, yang meraung kerana masa depan tidak lagi secantik lakaran. Apa yang penting, just move on!
Dan oh, untuk Si Gadis Hati Rawan, nanti aku nyanyi lagu ini depan kamu. Aku tau lagu aku tak menarik mana pun, dan suara aku pun taklah semerdu mana. Tapi aku tau, aku pasti dapat lihat kau senyum lepas tu. (^_^)
.
4 comments:
aie,pahal ngn c gadis ht rawan ya.pesan ngn nya iboh sedih2.hdup tok mst gembira bah.mun ada mslah sekalipn mst dtruskn jwak hidop tok.gds ht rawan ya kacak nk,kumbang bkn seekor jak pun.smile :)
lgu ya berik dgr ngn kmk bah.
yup...sudah bagitau gadis hati rawan ya supaya nya iboh sedih2 agik..by the way, sikda kaitan ngan kumbang bukan seekor. bukan frust sbb cinta bro, frust sbb hajat sik kesampaian.
mok dgr lagu? insya-Allah...tp sik dijamin bst la..sy amatur maa.. :)
oh,menarkah.so kumbang ya bersamaan jwak dgn hajat.hahahaha.usahakn hajat nok lain plak,ayuh!hehe~
xdijamin apa?sekdalah smpi bernanah telinga mun dgr nak.
like! =)
Post a Comment