H.E.L.L.O.

Monday, July 27, 2009

Setem Pada Syurga

Akhir-akhir ini, kelihatannya seperti ramai yang sampai ke hujung.
Hakikatnya setiap saat pasti ada yang tiba di sana, cuma kita yang tidak ambil endah.

Doa saya, apabila sampai masanya tiada lagi jalan untuk saya menapak, apabila tiada lagi laluan untuk saya dan takdir sudah membawa saya ke hujung, saya harap Dia permudahkanlah.

Setem Pada Syurga - a song by Wani Ardy

Ini kata hati yang terlewat diucapkan
Ini lagu untuk kau yang tinggal wajah dalam bayang
Suara terngiang-ngiangkan

Jika hela nafas kau berlingkar di udara
Akan kukhabarkan bahawa kau antara tapak di pasir
Tidak terhapus dek ombak

Kira kau mendengar atau melihat
Dari mana yang tidak aku tahu
Namun aku pasti bahawa
kau sebahagian diriku yang hilang, yang hilang
Seperti anggota tubuhku berkurang, berkurang

Ini kata hati yang terlewat diucapkan


Lagu Setem pada Syurga adalah antara yang terawal saya dengar dari Wani, dan terus melekat ke hati. Setiap kali saya nyanyikan lagu ini, imej Aidil merebutguna basikal mainan roda tiga yang saya tidak mahu lepaskan dari kayuhan selalu terpapar di depan mata.

Saya tidak tahu kenapa selama dua tahun kami sempat bersama, imej itu yang paling kuat dan jelas di ingatan.

Mungkinkah kerana sampai saat ini saya masih(dan akan sentiasa) rasa yang saya sebenarnya patut biar adik saya main basikal kecil beroda tiga itu sepuasnya?




Sudah terlewat sekarang, kan??


2 comments:

Aloy Paradoks said...

lain kali dtg la MIMPI.

Raja Azrul said...

sangat tersirat...

hurm..doa-doa semoga perjalanan kita ke sana dipermudahkan