By now mungkin ramai dah dengar khabar penyanyi ni telah kembali ke rahmatullah, dikatakan sebab terjatuh masa bermain futsal. Aku baru tau tadi sebab bekas rommate aku
Cik Pearl ada tulis pasal ni kat blog dia. Mungkin berita ni masih baru sebab aku belum nampak berita ni kat suratkhabar secara rasmi. Apapun, kalau betullah dia dah tak ada, mari kita sedekahkan al-Fatihah sebagai saudara seagama (walaupun aku ni bukanlah peminat tegar Shamrin atau Fotograf, tapi pernah jugaklah dengar lagu diorang kat radio atau TV).
Macam yang aku cakap tadi, aku ni bukanlah peminat tegar dia sampaikan boleh tertulisnya entri ini. Aku jarang tulis berita artis kot. Cuma, aku rasa nak tulis pasal ni sebab aku terkejut dan rasa macam tiba-tiba sangat berita ni aku terima, sampaikan aku jadi sentap sekejap tadi sebab terfikir bahawa aturan Tuhan adalah sangat di luar jangkauan kita manusia.
Baru bulan lepas, aku terima emel pasal pertandingan mencipta lirik untuk single pertama Shamrin. So Shamrin sekarang dalam proses nak keluarkan single baru. Honestly, memang aku nak turut serta peraduan tu sebab nak cuba nasib je. Manalah tau lirik aku sangkut kan, dapat jugak duit poket. Walaupun highly unlikely got chance to win, but so what?
Tapi, disebabkan ada kekangan, aku tak dapat idea untuk menghasilkan lirik aku. Boleh je kalau nak redah dan tulis je, tapi sebab aku tak nak main hantar lirik yang macam sampah, aku tahankan sampai aku puas hati dengan lirik aku. Seganlah nak hantar lirik yang entah apa-apa. Lainlah post kat blog aku ni. Kalau aku tulis sampah kat sini,ikut suka aku la kan sebab ni blog aku. Tapi, kalau yang nak bagi kat orang ni, kenalah bagi yang melepasi benchmark yang aku sendiri dah tetapkan.
Dok dengar lagu dia kat youtube (klik
sini untuk dengar melodi) pun masih tak boleh nak tulis apa.
Jadi, sampai ke tarikh tutup 1 November, aku masih tak didatangi idea bernas dan emas, jadi aku terlepas untuk join peraduan ini. Aku kalah di tangan masa, dan aku redha.
Tup tup tadi aku dapat berita Shamrin meninggal dunia. Sudah begitu janji Tuhan, kita takkan dapat menghalangnya. Al-Fatihah.
Jadi, untuk kita-kita yang masih bernafas ni, fikirlah sendiri. Hari ini kita bernafas, esok belum tentu lagi. Apa yang kita dah buat hari ini? Dan apa yang kita belum buat sampai saat ni?
Apa yang
aku sudah dan belum selesaikan hari ini?