H.E.L.L.O.

Monday, December 29, 2008

Mulakan dangan Bismillah...

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Dalam pada nak menyambut Tahun Baru 2009, jangan lupa bahawa kita juga sedang memasuki tahun baru 1430H. Mulakan tahun baru ini dengan jiwa yang baru, hati yang lebih bersih, niat yang lebih baik. Semoga tahun ini lebih baik dan barakah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Insya-Allah..
Saya doakan anda dan saya sama-sama menuju ke arah kejayaan, dunia dan akhirat. Semoga sama-sama terbuka hati kita ke arah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan, dan semoga kita sama-sama dilindungi daripada perkara-perkara yang memudaratkan.

Ikhlas,
Melody.

Thursday, December 25, 2008

Tolong, Jangan Mati Dulu!

Ini untuk kamu yang telah memberi inspirasi padaku
Yang pernah meyakinkan aku hidup ini sangat bermakna
Yang dulu menunjukkan padaku dunia ini penuh warna
Yang kini membuat aku lebih menghargai hidup dan sekelilingku
Tolong, jangan mati dulu!

Mungkin kamu ingat dunia kamu sudah sampai ke penghujung
Tapi hakikatnya kamu yang menyempitkan pandangan kamu
Mungkin benar kamu sudah hilang arah dan tuju
Tapi kamu yang menutup mata dan tidak nampak jalan itu

Mungkin kamu fikir hidup kamu sememangnya patut berakhir
Tapi sebetulnya kamu sendiri yang menyerah terlalu mudah
Mungkin kamu rasa kamu akan mati
Tapi sebenarnya kamu sendiri yang enggan terus bernafas
Mungkin benar kamu tak berdaya untuk hidup lagi
Tapi dalam diri kamu, kamu yang tidak berjuang meneruskan hidup

Maka sebab itulah kamu mati sebelum mati
Maka sebab itulah kamu jadi macam zombi tanpa hati
Maka sebab itulah aku patah hati melihat kamu terus menyendiri
Tolong, jangan biar kamu mati ketika hidup
Tolong, jangan sia-siakan hidup kamu dengan tidak hidup
Tolong, jangan mati dulu!
Bukan untuk aku, juga bukan untuk mereka di situ
Tapi untuk kamu.

Tolong, jangan mati dulu!

by Melody.
6.03pm, di ruang kecil aku
(Ini untuk dia yang hilang punca kerana kecewa. Dengan iringan doa, semoga cepat kembali. Kami semua rindu pada diri kamu yang dulu. Tolong, jangan mati dulu!)

Friday, December 19, 2008

2009 Resolution?

NEW YEAR RESOLUTION.....hhmmm..

Lots of people made their yearly resolution on new year, which is January. It might sound a little bit weird for others to know that I made my new year resolution in December. But that is me. Cant really remember though since when did I started to make my new year resolution in December. Then again, I believe that resolution, target, goal, or whatever the name is, is something that is ongoing. For me, this is not to be something that is done on New Year's eve and be forgotten by February. You set target when you have desire to achieve something.

And when talking about dreams and desire, I do believe that everyone is just the same. We all have things we would like to achieve, to have, to get, to own, to give. It may be something big, it may be something very little for our own self. No matter how big or small it is, I believe that it is meaningful to that person.

Speaking of New Year resolution, my biggest resolution in year 2008 is to find myself a good job, so I can earn money for me and my family. Thank God, He granted my wish within a month. And I was very happy. This year, what would I want to have? A lot! But I will share only 5 things that I would like to achieve/have this year.

#1 : Read at least 1 book per month
One of my resolution last year, in which I can only stand until March/April, before I took a loooongg nap and continue with my readings sometime in October. Haih!! And when I say books, I'm not talking about those comic books, entertainment mags or anything within the category. Am trying to read more books for knowledge. Novels is acceptable, because some novels are really good for critical thinking and taught us of many things in life, but have to make sure that we choose the right novels-lah.

#2 : Write a sweet song of my own
During those times I was playing Wani's self made song with my guitar (Ouh, I love singing Wani's songs despite of my horrible voice..LOL!), I thought I'd like to have a song of my own too. So, I began to play around with my dad's guitar, trying to find the right rhythm and rhyme to express the melody of my heart but up until now, I can find one that truly reflects me. I hope I will be able to have one by next year.

#3: Career success
I wish to be more successful in my career.

#4: Prosperity
Who does not want to live a prosperous life, does you? Not just eating that prosperity burger from McD. Hehe. To be more prosperous, means I can help my family and others more. We all love our family and want to give the very best for them, right?

#5: To found the hidden other half of me......
-No elaboration, I'll keep this one for myself (^^,)-



Alright, to me and to all..Let us work hard to turn our dreams and target into reality.
(^^,)
.

Monday, December 15, 2008

Semalam di Hadapan Pentas Teater

WANGI YANG TIDAK BERDAYA MENJADI SAKSI

Teater Wangi Jadi Saksi, karya U-Wei Hj. Shaari,
diangkat ke pentas oleh saudara Yusuf Fansuri di bawah payung Angkatan Pengkarya Indie

Sudah agak lama aku tak pergi tengok teater, akhirnya aku berjaya melepaskan gian aku untuk menonton teater pada malam Sabtu lepas. Mula-mula nak ajak Zudin dan Nika, sebabnya Zudin dari tahun lepas lagi asyik ajak tengok teater tapi aku selalu terlupa nak maklumkan apa-apa pementasan kepadanya. Kesian dia. Dan Nika pula, kami memang sama-sama peminat teater, dan kebetulan dia sedang pulang bercuti, terus aku teringat nak ajak dia pergi bersama. Aku pun hampir setahun tak jumpa dia.

Tapi, Zudin ke KL. Ada urusan katanya. Tak mengapa, belum rezeki dia untuk tengok teater. Nika pula tak dapat dijejaki. Aku telefon tak ada talian. Aku telefon nombor dia yang lagi satu pun mesin jugak yang menyahut. Telefon rumah dia, alamak salah nombor la pulak! (Ooopss...Hehe!)

Akhirnya aku mengajak teman sepersekolahanku, Fres dan Abang. Abang di luar kota, maka hanya Fres yang menemankan aku. Yang aku tak sangka, Fres dalam diam rupanya meminati teater! (^^,)

Maka sama-samalah kami pergi menyaksikan Wangi Jadi Saksi. Aku begitu teruja kerana aku pernah tahu karya ini, maka pada fikiranku bolehlah aku melihat bagaimana jika ia dipersembahkan oleh produksi yang berbeza pula. Apatah lagi, teater yang berlatarbelakangkan zaman dahulukala adalah salah satu genre yang aku gemar.

Sedikit kecewa apabila teater ini tidak dipersembahkan sepenuhnya. Apakan daya, nadi utama pementasan iaitu pelakon watak Wangi telah ditimpa kemalangan beberapa hari sebelum pementasan, sehinggakan kakinya berbalut dan datang ke auditorium pula dengan terpaksa berjalan menggunakan alat sokongan. Namun aku puji kesungguhan produksi ini untuk terus dengan pementasan walaupun dihujani pelbagai halangan yang menimpa, bukan sekadar Wangi mereka yang cedera sahaja. Itu cerita pengarah kepada kami, tak perlu aku nak huraikan semua kat sini. Semoga tuan pengarah dan produksi tabah.

Keseluruhannya, aku berpendapat bahawa pelbagai perkara boleh diperbaiki. Mungkin juga kerana jalan cerita yang tidak lengkap membuatkan pementasan sedikit terganggu. Tak mengapa.

Terdapat beberapa perkara yang mana kalau kawan aku Raja Azrul tengok, mesti dia tak berapa gemar (Hehe..Zrul, jangan marah!) Antaranya, suara beberapa watak yang kurang kedengaran, gaya silat Tuah, Karma, Jebat yang kadangkala kurang lancar, juga gaya mereka yang seakan-akan bersilat sewaktu berkata-kata (mungkin itu memang diadakan untuk memberi penekanan pada karakter, tapi kadangkala aku rasa macam tengok wayang kulit pulak). Teknik pencahayaan boleh diperbaiki, begitu juga dengan para pelakon yang kerap berada di luar ruang cahaya. Mungkin mereka mahu gunakan pentas sepenuhnya. Tapi menjadi masalah pula kepada kami yang menonton kerana kami tidak dapat melihat ekspresi mereka dengan jelas. Dan pasal muzik latar. Aku rasa inilah perkara yang paling kawan aku Raja Azrul akan merungut kalau dia datang (Sekali lagi, jangan marah Zrul! Hehe) Muzik latar sedikit kelam kabut. Malah ada di antaranya yang mampu membunuh konsentrasi penonton ketika menyaksikan Wangi Jadi Saksi ini. Contohnya ketika Tuah dan Jebat sedang berlawan silat. Muzik latar sebenarnya sesuai, tapi kerana terlalu pendek, maka ia diulang-ulang, hasilnya muzik itu kedengaran seperti tiba-tiba terputus dan tiba-tiba bermula semula. Kedengaran tersekat. Props, setting dan kostum? Tak mengapalah, aku tak nak komen pasal tu.

Pujian aku berikan pada Tajul yang konsisten menjadi Tuah sehingga akhir cerita. Suaranya kedengaran, berintonasi dan penghayatannya juga bagus. Cuma kadangkala aku sedikit rimas dengan gaya silatnya. Aku juga suka pada Pateh Karma Wijaya (Zach Manan), sedikit rimas dengan Jebat (Wahab) kerana kadangkala seperti hilang fokus, atau mungkin kerana Jebat banyak bermain di luar ruang cahaya, maka aku tidak dapat menghayati ekspresinya, apatah lagi suaranya tidaklah selantang Tuah. (Atau mungkinkah aku yang semakin sempit akal, sampaikan aku tak boleh terima bilamana Jebat bersorok di sebalik tirai istananya. Langsung aku tak boleh nampak ekspresi.) Aku tak suka Bendahara (Rusdi), entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin kerana dia tak nampak macam Bendahara. Dan Wangi pula? Sayang aku tak berpeluang melihat Wangi di pentas, kerana Wangi juga duduk di kerusi penonton seperti aku.

Apapun, tahniah aku ucapkan pada mereka kerana berjaya mementaskan Wangi Jadi Saksi walaupun macam-macam halangan. Dan memandangkan aku juga sekali sekala bergiat dalam kumpulan teater di negeri Sarawak ini, maka aku menerima persembahan mereka seadanya. Kerana aku juga tahu suasana teater di negeri ini bagaimana. Bukanlah seriuh ketika aku di Semenanjung dahulu. Dari segi kemudahan dan bantuan, itu tak payahlah aku cerita. Bukan itu fokus cerita aku malam ini.

Tahniah kepada Fus, dan sudah tentu aku (serta mereka yang lain) menantikan SMS anda menjemput kami hadir ke tayangan penuh Wangi Jadi Saksi, sebagaimana yang anda katakan kepada kami sebelum pementasan bermula, iaitu apabila Wangi anda sudah kembali ke pentas Februari nanti. Insya-Allah. Segala komen aku hanyalah dari kaca mata seorang penonton biasa sahaja. Tiada maksud apa-apa. Aku pun tak pandai sangat nak mengkritik ni. Hehe.

Ouh, gambar ada tapi semuanya kat Fres, aku tak bawak kamera pun malam tu. Kalau ada aku akan cuba upload di sini.

Sehingga berjumpa Wangi Februari nanti....semoga cepat sembuh!

Saturday, December 13, 2008

Another foot step..

Hello 24, good bye 23.

Hey Me,
Gotta be a better person soon.
But I know I can handle it
May this year brings out the best in me, you and everyone!
Cheers!

Thursday, December 4, 2008

Rindu Pada Teman

SNOODIES, THE LADIES OF MY HEART!




Sangat rindu pada mereka yang jauh di mata. Minggu ini, genap setahun kami tak jumpa. Sejak bergraduasi pada 01 Disember 07, masing-masing melangkah menuju arah berbeza. Oh, aku sangat rindu pada mereka! 4 tahun meredah kehidupan kampus di perantauan, susah dan senang kami hadapi bersama. Ya, kami mengaku kami memang bukan malaikat yang tak pernah buat salah. Kami hanya manusia kecil yang kadangkala termakan hasutan syaitan. Oleh sebab itu, kami jugak pernah berselisih faham, berkecil hati atau tidak senang sesama sendiri. Tapi, di akhir hari, kami kembali sehati. Sehingga kini. Dan itulah istimewanya kami.

Ya, kami masing-masing punya perangai dan kerenah yang tersendiri. Be it the good or bad ones, I am very glad that we can maintain our friendship all this years despite of all the thicks and thins that we had gone through. No matter what people say about us, what problems and chaos we created, what others did to us, or even what we did to ourselves, together we stand, and stay strong. Because we know we have each other by our side.

Dan kini, setelah setahun berjauhan, aku masih rasa bahawa kami tetap sejiwa! Masih utuh berutus perkhabaran, dan kalaupun tidak berkesempatan bertukar cerita, aku tahu mereka masih ada untukku and I can really count on them. Sebagaimana aku masih di sini untuk mereka.

Januari 2009, semoga hasrat kami bertemu diperkenankan dan dipermudahkan oleh-Nya.
Dan khas untuk mereka, dedikasi daripada aku. Cerita Pada Langit.

"Cerita Pada Langit" - by Melody.

wahai langit
kau tahu kami jauh ribuan batu
namun kami tetap sama dipayungi dirimu
kau lihat jasad mereka jauh dariku
namun hati kami bersatu dalam rindu
kau saksi impian kami untuk bertemu
dengan izin Yang Maha Satu
semoga termakbul direstu
itulah doaku

~1.49pm, di ruang kecil aku.

P/s: Tidak, aku tidak melupakan dunia teater aku walaupun aku kelihatan mula berjinak-jinak dengan puisi. Lagipun dalam teater itu juga ada puisinya, dan dalam puisi boleh saja ada elemen teaternya.

.

Friday, November 28, 2008

Sungguh, aku mahu menjelajah!

Oh..memang banyak jelajah yang aku mahu lakukan sekarang ini.

Aku mahu jelajah ruang fikirannya supaya aku boleh belajar lebih banyak lagi. Kerana pemikirannya begitu kritis dan matang sedangkan usia kami sebaya. Dalam diam aku kagum dengan caranya memproses perkara yang berlaku di sekelilingnya menjadi pelajaran berharga. Walapun dia tidak pernah tahu aku, tapi ruang fikirnya telah mula menjadi sesuatu yang aku mahu tahu. Malah, disebabkan ruang fikirnya itulah maka hari ini aku mahu menjelajah!

Aku mahu jelajah kotaku dan rasai sendiri kehidupan dari sisi yang berbeza. Kerana merasai sendiri tidak sama dengan hanya mendengar dan membaca. Aku tidak mahu menjadi miskin pengetahuan dan pengalaman. Maka, perlu bagiku untuk memulakan siri jelajah kota ini. Mengenali, memahami dan mencintai kotaku. Dalam senang dan dalam susah. Kerana ini kotaku.

Aku mahu jelajah peluang yang muncul di hadapanku dengan harapan aku mampu memajukan diriku. Supaya aku tidak sentiasa berdiri di takuk lama. Supaya aku boleh ke depan atau ke atas dan tidak hilang di depan mata. Supaya aku mampu membahagiakan keluarga dan orang sekeliling yang sangat menyayangiku. Dan mampu berkongsi kebahagiaan itu bersama-sama.

Aku mahu jelajah hatinya agar aku tahu di mana letak duduknya aku di sana. Mahu tahu adakah aku ada di sana. Jika ada, aku siapa? Jika tiada, ke mana hilangnya? Dengan itu aku tidak keliru, tidak bersangka yang bukan-bukan, dan mampu meneruskan perjalanan.

Aku mahu jelajah tempat orang. Melihat budaya dan cara hidup mereka di luar sana. Walaupun sesetengah perkara nampak seperti sama, tapi tentu ada bezanya. Bertemu dan mengenali orang baru. Meluaskan pandangan dan minda. Segalanya.

Aku mahu jelajah diriku. Apa sebenarnya tujuan kewujudanku hari ini. Di mana aku berdiri ketika ini. Ke mana hala tujuku selepas ini. Semoga aku berjalan di landasan yang betul. Berharap agar tidak terpesong arah apabila ditiup angin. Bertekad tidak mahu hancur berkecai apabila terhempas. Berdoa supaya tidak punah apabila badai dan taufan melanda. Tidak sekali-kali lemas apabila tenggelam. Mampu bangun sesudah terjatuh.

Oh, banyak lagi yang belum aku jelajah!

Sunday, November 23, 2008

Menulis vs Menaip



Memang buruklah tulisan aku ni. Lain kali aku teruskan menaip je lah, taknaklah tulis guna pen lagi. Kalau tulisan aku tak boleh dibaca (maksud aku kerana gambar yang kecik, bukan sebab tulisan yang buruk ye, aku takde masa nak edit-edit gambar ni ataupun nak ulang-ulang ambil gambar notebook aku tu) minta maaf je lah. Lagipun, semua tu bukan apa-apa pun. Membebel saja lebih. Eh, bukankah sekarang pun aku sedang membebel?

But seriously, menulis satu page yang tak penuh ni secara berterusan sempat membuat aku merungut sengal-sengal jari tangan. Kagum aku bila aku ingat balik zaman sekolah ketika aku menulis menggunakan pen berjam-jam menyalin nota. Habis satu subjek, sambung pulak subjek lain. Memanglah kagum sungguh aku. Masa tu, tak mainlah pen biru nan sebatang. Mau ada beberapa batang pen dalam kotak pensel aku. Macam-macam warna. Dibandingkan dengan sekarang, aku mampu hidup dengan sebatang pen aje. Just one pen, and I can survive for months! (Of course, ini tak termasuk apabila aku kehilangan pen aku akibat tertinggal di merata-rata tempat - someting that I have to really improve on.) It's true, selama aku kerja ni, aku beli pen sebab pen aku hilang, bukan sebab pen aku habis dakwat.

Oh, merepek lagi. Tapi aku berazam untuk menjadikan buku dan pen teman setia dalam beg aku. It's something that I learnt from someone. Sepertimana aku dan kawan-kawan aku suka membawa kamera aku ke sana ke mari, ada baiknya juga aku bawa pen dan buku nota ke hulu ke hilir. Kerana ada masanya, apa yang kita fikir atau rasa tidak dapat dirakam oleh lensa kamera. Katanya.

By the way, speaking of azams, hujung tahun makin hampir. Sudahkah anda(aku) berjaya menunaikan azam-azam anda(aku) tahun ini??

Cheers!!

Sunday, November 9, 2008

Pengakuan Pembohongan.

Pernahkah anda berbohong?
Mengapa berbohong?
Gemar atau terpaksa?
Menyakiti atau melindungi?

Aku tidak berbohong saat aku kata aku pernah bohong.
Aku jadi pembohong saat aku kata aku tidak membohong.
Tapi bohongkah aku jika aku kata aku bohong untuk kebaikan?

Hari ini aku sudah berbohong kepada seseorang.
Sebentar. Bukan seorang sahaja tetapi beberapa orang.
Ya Tuhan!


Yang pertama, biarlah kunamakan sebagai A1.

A1 menanyakan satu soalan, yang mana jika kujawab dengan benar, bisa mendedahkan sesuatu perkara yang akan berkait pula dengan pelbagai perkara yang lain sehingga akhirnya, apa yang aku cuba sembunyikan daripada A1 akan terbongkar.
(Aku: Sembunyi di sini tidak bermakna bohong, kerana bohong adalah berkata yang tidak benar sedangkan sembunyi pula tidak berkata apa-apa).

Maka bersalahkan aku untuk tidak berkata benar apabila aku maklum jika aku mengatakan yang sebenar, situasi akan menjadi semakin rumit dan mungkin boleh mengganggu-gugat emosi dan perasaan? Kerana aku tahu, ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia ambil tahu perkara yang cuba disembunyikan. Juga belum masanya untuk aku menjadi remuk redam dimakan kata-kata sendiri.
(Aku: Sampai masanya, yang tersembunyi akan terkeluar juga. Percaya itu)


Kedua, biarlah kunamakan sebagai A2.

A2 tidak sempat berkata apa-apa pun pada aku hari ini. Tetapi disebabkan sesuatu yang pernah berlaku antara kami, sejak beberapa waktu kebelakangan ini, menjadikan aku terlebih dahulu membuka mulut dan menyatakan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Sesuatu yang aku mahu dia anggap sebagai benar, pernah dan sedang berlaku. Aku tahu aku tidak ada alasan kukuh untuk menghalalkan pembohonganku yang satu ini. Aku cuma mahu dia faham aku tidak mahu diganggu. Maka bersalahkah aku berbohong dengan niat supaya kami tidak terus diganggu-gugat emosi dan perasaan?


Kusut sebentar.
Bohongkah aku jika aku katakan aku tidak mahu membohongi sesiapa lagi?




Friday, November 7, 2008

Inspirasi Hari Bintang Jatuh

HARI BINTANG JATUH

Mungkin agak tidak relevan untuk aku menulis mengenai Hari Bintang Jatuh (Falling Star) memandangkan majlis ini sudah berlalu lebih daripada seminggu yang lalu. Malah lokasi yang jauh beribu-ribu batu juga menghalang aku untuk menghadirkan diri (itu pun jika aku tahu mengenainya lebih awal). Apatah lagi aku tidak kenal sesiapa di lokasi Hari Bintang Jatuh. Tidak kenal tuan punya majlis. Tidak kenal mana-mana pemuisi, penyanyi, peniaga gerai, pemuzik undangan, penulis atau sesiapa di sana. Mungkin ada seorang dua, tapi kenal hanya sekadar tahu nama dan rupa.

Kembali kepada Mission Confession: Hari Bintang Jatuh. Aku sangat suka pada idea penganjuran majlis ini. Aku jatuh hati pada Hari Bintang Jatuh. Juga mula jatuh hati pada warga di sebalik tabir Hari Bintang Jatuh, terutama tuan punya majlis, Wani, serta teman-temannya. Bukan jatuh hati yang bukan-bukan. Tapi jatuh hati pada 3K. Kreativiti, karya dan kejujuran mereka.

"Bintang Jatuh in this context is a subject that they love, but is unreachable. It could be anyone or anything - family, friends, dreams, ambitions, someone in the past, present, or even future." - as quoted from Wani.


Ke Hadapan Bintang Jatuh.

Pernah aku tertanya sendiri
Pernahkah aku menjadi bintang jatuh kamu
Bersinar bercahaya
Walau tak mampu menyuluh gelita
Cukup sekadar menyeri duka
Pernahkah wahai bintang jatuhku?

Sebentar
Bagaimana mungkin aku bisa memanggilmu bintang jatuhku
Kerana seperti malam-malam sebelumnya
Aku tetap di sini sendiri merenung ke luar jendela
Mengharap akan ada bintang jatuh
Menghiasi langit malam
Agar bisa hajat ini termakbul

~iramahati melody~
Jumaat
2am




Monday, November 3, 2008

November sudah tiba.

Sudah beberapa waktu blog ini belum terusik.
Bukan tiada kelapangan, tenaga untuk menulis atau pemikiran untuk dicoretkan.
Cuma sesekali terasa seperti mahu menyendiri dan menenangkan jiwa.
Akhir Oktober lalu, aku menjadi kejam demi untuk kebaikan bersama.
Tetatpi akhir Oktober itu juga, aku menemui cahaya dalam kesamaran.


November sudah tiba.
Detik dan waktu itu kian hampir tiba.
Dan aku masih di sini cuba membuat pertimbangan sewajarnya.
Meneliti baik buruk dan segala akibat yang mungkin terhasil daripada tindakanku.
Walaupun aku amat yakin, apabila waktu itu tiba, segala pertimbangan fikir akan hilang dibawa angin dan apa yang akan dilakukan akan mengikut kata hati dan perkiraan emosi.
Namun aku berharap segalanya akan berhasil dengan baik dan profesional.
Kata orang, win-win situation.
Kerana periuk nasi aku letaknya di situ.


Semoga hasilnya baik-baik saja.



Friday, October 24, 2008

MELODY means what??


.M.E.L.O.D.Y.

What Melody Means
You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.
You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.

You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!

You are friendly, charming, and warm. You get along with almost everyone.
You work hard not to rock the boat. Your easy going attitude brings people together.
At times, you can be a little flaky and irresponsible. But for the important things, you pull it together.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.
Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You are well rounded, with a complete perspective on life.
You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.
At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.

You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.
You are powerful and competent, especially in the workplace.
People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.
You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.
You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.



WHAT MY HEART N MIND TELL ME ABOUT MYSELF?

Hm...Aku macam tu ke? Well, some of the facts macam betul jugak lah, some of them are not. Akan dikupas pada isu akan datang. Hehe.
UPDATED on Sunday, Oct 26 :
P/s: To those who would like to try, just go to this website.
http://www.blogthings.com/whatsyournameshiddenmeaningquiz/

Monday, October 20, 2008

Further Study

Pemandu teksi terima sarjana

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.

Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.

Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.

‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.

Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.
Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini, beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.

Sumber : Utusan Malaysia 20 Oktober 2008. (http://www.utusan.com.my/)


MY MASTERS?


I wonder when will be my turn. All this while, not that I never have any intention to further my studies, it's just that I still do not have what it takes to act and start. I am aware that high level of education is not a guarantee for people to be successful in life. Nor it was a sign that you are now a much wiser person. There are people who are having successful life, prosperous business and everything despite of not having the certificate. Yeah, there are those people. But not everyone is that lucky. If one have the chance to further study, why not? Not everyone gets the opportunity, kan? And if I am to have one, I will grab it.

Anyway, I am still in planning stage of furthering my studies. There are a lot of things to be considered of. Like the course, the time, the place, the type of study (I am pretty sure not to take the “by research” thingy, much likely to get one by coursework or classes though), and of course, the financial needs. (Degree punya PTPTN pun belum habis bayar ni! Ouch!)

I always thought that the time is yet to come, that I still want to gain as much experience in this industry. And it turns out that I am enjoying my career, hence it made me flown away much further from my desire to pursue for higher education.

I hope one day I will have enough drive to act. Who knows?


Wednesday, October 15, 2008

Kembali Bekerja


Setelah 19 hari bercuti raya, maka hari ini aku kembali bekerja. Anehnya, aku cukup bersemangat dan perasaanku riang ria. Tidak liat bangun pagi dan menyiapkan diri, malah sempat pula memasak sarapan! (Kebiasaannya, aku beli kat kafe je. Kalau bukan bulan puasalah.) Mungkin kerana sudah terlalu lama bercuti dan mendapat rehat yang secukupnya menjadikan pagi aku begitu menyegarkan. Boleh jadi juga penangan buku motivasi tulisan Dr HM Tuah Iskandar yang kubaca pada masa cuti, yang mana antara yang aku ingat katanya kalau kita berfikiran positif apabila bangun pagi, maka seluruh hari kita akan menjadi baik, kerana apa yang kita fikirkan di pagi hari tu umpama doa jugak lah. Jadi kalau pagi-pagi lagi dah berfikiran yang negatif dan buruk, maka buruk jugak lah hari yang akan kita lalui tu. Lebih kurang macam tu lah.


Betapa seronok dan bersemangatnya aku pergi kerja, sehinggakan aku boleh menari-nari dan menyanyi dalam kesesakan jalan raya. Agaknya pakcik kat sebelah kereta aku tu mesti hairan menengok aku macam tu. Dan Alhamdulillah, berkat aura positif aku hari ini agaknya, kebetulan work load hari ini adalah menyenangkan, tiada line issue yang teruk, passdown pun tak banyak, tool takde yang buat hal, lot tak banyak yang fail, rakan-rakan sekerja juga ceria-ceria belaka, maka stress level adalah rendah.

Balik dari kerja, parents aku pulak call, bagitau yang mereka balik rumah. Ah, keseronokan berganda!



Seronoknya kalau tiap-tiap hari macam ni.
(^_^)

Tuesday, October 14, 2008

Kata orang, kata aku.

Kata orang, kalau berhasrat pada sesuatu kena ada usaha.
Kata orang jugak, niat tanpa tindakan takkan membawa kita kepada hasrat kita.
Tapi orang jugak ada cakap, kalau nakkan sesuatu tu biarlah yang sesuai dengan kita.
Bak kata orang, pandai-pandailah nak mengukur baju di badan sendiri.
Tapi ada masanya kena cuba dulu baju tu baru tau muat ke tidak.
Kadangkala nampak muat, tapi bila dipakai sempit la pulak.
Kadangkala pula nampak cantik, tapi bila dipakai tak kena dengan diri.
Ada pula nampak tak berapa cantik, tapi bila dipakai selesa sangat.
Eh, merepek pasal baju pulak dah?
Apa lagi kata orang? Hmm..Kalau nak dengar kata orang sampai bila la nak jadi kan?
Kadang-kadang kena dengar apa kata diri sendiri.
Hati kata nak atau tidak?
Akal fikir kata rasional atau tidak?
Tubuh badan kata larat ke nak buat?
Perasaan kata boleh tahan atau tidak?

Aku keliru sekarang. Teruskan? Atau membiarkan keadaan yang menentukan?


Wednesday, October 8, 2008

Berjalan Melihat Tempat Orang

Since me and my parents are still in holiday mood, so my dad came out with an idea to go to visit Kota Kinabalu for a day. It was an ad-hoc trip, but as school holidays have just ended, we were pretty confidence that there will be many hotel rooms available for us. We went yesterday morning, and get back to Sarawak this evening.


on the way

Unlike our previous trips in previous years, this time we have less photo sessions, less shopping, more travelling in the car driving around town, and even went to see the kampungs nearby. So I have a different view on travelling for this time. Travelling is not just visiting interesting places, go to all shopping malls and spend money on stuffs, or eat whatever food you cannot find elsewhere. To travel to other places is also to see what exactly living in these places would be. See what actually the people around do. How each and everyone with different faces mix with others. And many more apart from the usual activity that we travellers always do. I just wished that I can stay there longer.

By the way, the trip to KK was fun though!


pemandangan di sepanjang perjalanan...


welcome!

Friday, October 3, 2008

Eid Celebration

I am enjoying each and every second of my Aidilfitri. Meeting lots of long-lost relatives and friends, it's a great thing that I still have chance to meet them. Though there were some matters that I am not so happy with (which is the fact that Brunei and Malaysia were not celebrating their 1st Syawal on the same day!! Duhh~ *sigh* ) but overall I'm happy and grateful that I have chance to celebrate Syawal in peace and harmony this year.

It's 3rd day of Eid (2nd day for Bruneians), today me and my family are going to Miri. Yay!!

Monday, September 29, 2008

Home

It's good to be back home...
I'm happy to be back in kampung...
I'm loving it!


Selamat Hari Raya Aidilfitri to all.
Ampun maaf zahir dan batin for all mistakes I've done. For all wrongs I've made. For every heartbreak I created. For every tear drops. For everything. Everything. Sorry from the bottom of my heart.

Have a wonderful Hari Raya!!

Friday, September 26, 2008

Balik Kampung

Kebanyakan daripada rakan sekerja/sekuliah dahulu mula bercuti pada hari ini. Dan ramai pula yang akan mula memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, termasuk la aku.

Maka, ini sedikit petua untuk aku dan kawan-kawan sekalian yang akan memandu.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

(Sumber : http://www.panducermat.org.my )

SELAMAT BALIK KAMPUNG!!!!

Thursday, September 25, 2008

Hari Kegembiraanku

Hari ini hari kegembiraanku.

1. Last day bekerja sebelum memulakan 19 hari bercuti raya.
2. Pagi-pagi lagi dah nampak dia... :)
3. Of all the empty seats, dia pegi duduk sebelah aku. :) :)
4. Tak banyak line issue yang teruk2 kat dalam fab, maka hari ini punya stress level adalah rendah.
5. Dapat kad raya daripada orang yang tak disangka-sangka :)
6. Family aku pun dah mula cuti, jadi semua orang ada di rumah :)
7. Kuih raya aku dah siap.
8. Lain-lain perkara

Tapi aku juga sedikit terkilan.


1. Kad raya untuk dia dan mereka tertinggal kat rumah..esok pulak sudah mula cuti. Tak sempat sudah mahu bagi.
2. Aku tak sempat jumpa dia sebelum bercuti untuk mengucapkan selamat hari raya, kerana tadi dia sangat busy maka aku tak mahu kacau dia. Sedar-sedar saja sudah sampai masa balik. Huhu.
3. Tak boleh nak beraya bersama kawan-kawan Kuching (especially kawan sekolah yang jarang sekali dapat kumpul ramai-ramai kalau bukan di hari raya), juga kawan-kawan sekerja (1st time ada kawan sekerja time raya maaa)
4. Means, tak boleh la aku nak ikut mereka beraya ke rumah dia.
5. Apatah lagi nak menjemput dia beraya ke rumah aku.
6. Paling tak best, aku terlupa nak ambil sesuatu kat dalam komputer ofis aku untuk dibawa balik ke rumah sebagai bekalan cuti yang panjang. (?)

Namun begitu, aku tetap gembira. :) :) :)
Dan aku berharap sepanjang cuti ini aku akan terus gembira. :)

Selamat bercuti semua!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Pandulah dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. (*_^)

Wednesday, September 24, 2008

Today...

Today's break fast menu:

1. Self made sirap bandung
2. Roti John from Taman Sukma Bazaar Ramadhan
3. Cadbury chocolate
4. Boiled corns

And that's it! Got some other menu on the list, but have no mood to even touch them. I know I must be grateful to have food to eat, since there were a lot more people out there who do not have anything to eat (not even one single boiled egg in which some people claimed as "similar to" or "slightly better than" doggy's food. Duhhh!!). But somehow I just dont have the desire to eat since I am ALONE at home. It sucks to live alone and have no one to talk to. Yes, there are things called internet, instant messaging, phone calls or sms...but the feeling is just not the same as having a real person by your side.

I cannot wait for holidays, so that me and my family can gather again.


Monday, September 22, 2008

I Hate It!

I accidentally changed something in my blog setting, now I am struggling to retrieve back my initial one. Even after all the efforts, all I can see is still the unwanted-new-accidentally-changed page of mine.

Eeeee..How to fix this?!!


P/s: Last-last, aku main bantai je la aku nye setting tu..sukati dia la nk jadi camne. Mls nak layan. Baik aku prepare masakan utk berbuka pose (Mcm terer je masak) Ada gak faedahnya.

Menjelang Hari Lebaran

Aidilfitri is coming soon. But somehow I dont feel the spirit of Hari Raya. What makes me happy for now is my loooonngggg holiday (almost 3 weeks no need to go to work. Yay!), not Hari Raya. Huhu..dah tua sangat ke aku sampai tak berapa nak terasa kemeriahan Ramadhan dan Aidilfitri? Yelah, kan orang selalu cakap Hari Raya adalah hari untuk kanak-kanak bergembira. Bagi orang dewasa pulak, Hari Raya adalah hari di mana poket akan menjadi semakin kering. Huhu. Sekarang baru faham perasaan mak ayah. Dulu kecik-kecik main sebut je nak macam-macam. Sekarang dah keje baru tahu camne rasanya mencari duit. Dan sebab aku dah keje jugak, maka awal-awal lagi sudah ade yang berbisik-bisik kat aku, tahun ni aku kene bagi duit raya kat diorang. Weih, aku lom kawen lagi, mane bleh bg duit raye...Terima duit raya bleh laa... =p

This weekend, I'm going back home with my family. Balik kampung, yay! Boleh jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Especially my close cousins. The last time I was back in kampung was last December. Almost a year by now. Tapi memang pun muka aku ni muka balik kampung setahun sekali jeh..Hehe. (It was because I am so far away at Kuantan previously - alasan!)

Dulu-dulu kalau balik kampung orang selalu tanye.."Form berapa sudah? Ooo..abis SPM..Sambung blaja ke mana?" Last 2 years masa aku balik,"Bilanya nak abis study?". Tahun lepas plak, "Tahniah, dah abis blaja. keje sudah? Oo..blom...So apply di mana? ". Tahun ni agaknya apa la soalan yang bakal ditanya pada aku ek? Curious plak aku.


Arghh..cant wait to go back. I wish something good will happen in Miri. I dunno whether I will be lucky enough to have that chance this year, but I am praying hard that it will happen. Ya Tuhan, please please please answer my prayer. It's been 4 years (or maybe 3), please dont let me wait for another 1 long year.. Ameen~


Monday, September 15, 2008

Alkisah Pak Guard

Bengang!
Memang aku bengang ngan pakcik guard yang sorang nih. Nak kata tua sangat sampai kene panggil pakcik guard, takde la tua mana. Muda lagi. Ntah-ntah sama je umo ngn aku. Tapi sebab aku bengang dgn dia, aku panggil la pakcik. That's it.

Alkisahnya, tadi aku pegi hantar adik aku balik hostel. Sampai je kat main gate U ni, kereta kami telah ditahan oleh guard yg sorang ni. Dia tak bagi kete kami masuk.Then adikku pun berenti kat parking lot tak jauh dr pondok guard kat main gate tu. Sambil adik aku kemas barang, sempat la beberapa buah kete melintas. Tu yang mula buat aku bengang. Kete lain boleh pulak masuk. Apsal kami tak boleh. Kete aku siap ade sticker U ni lagi. Lainla kalau takde sticker tu, make sense jugak la kalau kene tahan.

Akhirnya, dgn slumber aku dan adik aku masuk balik dlm kete dan terus drive pegi kolej adik aku. Biarlah guard tu. Takkan nak suruh adik aku jln jauh2 bawak brg byk pulak tu. Aku dah plan, balik kang aku terus lalu kat main gate tu tanpa menoleh lagi ke arah pondok guard. Kira nak escape terus la. Dan aku rasa, aku ada peluang itu sebab kat depan aku ada sebuah van. Aku memang yakin la yang aku boleh lepas. Malangnya,bila sampai main gate, pakcik guard ni awal-awal dah tutup kedua-dua pintu pagar tu. Van tu sempat pulak dia lepaskan. Aku pulak kene tahan.

Jadi, haruslah aku menghadapi sesi soal-jawab bersama pak guard main gate U ni. Dah lama tak kene macam ni. Dulu masa zaman belajar, ade la. Yang bengangnya, pak guard ni boleh tak percaya aku ni kakak adik aku. Dia ingat aku ni awek adik aku ke ape. Sengal betul. Tapi last-last dia bagi jugak la aku balik. Huh.

Aku pun balik rumah. Bila balik rumah, mula la teringat yang aku ni masa belajar dulu pun ape kurangnya kena tahan ngan guard. Huhu. Nampak je aku macam skema, tapi sebenarnya aku ni semi-skema. Err..kiranya jenis yang mengikut peraturan, tapi kadang-kadang tu, main langgar jugak. Dan sebut pasal pak guard dan pintu gate ni, aku mengaku la yang aku pernah jugak la sekali dua panjat pagar kat KK1 tu (sbb selalu balik lambat berlatih teater atau ada meeting yang tak abis-abis). Dan pernah jugak la memanjat tembok U aku tu (sebab nak pegi amek/hantar kawan aku kat terminal bas pukul 2-3 pagi). Juga tidak dilupakan,kisah aku (dan Y) kelam kabut lari masuk pintu pagar sebab melepak kat tepi kafe pukul 2-3 pagi (sampai tertinggal semua barang, nasib baik A dan D tolong amikkan.) Haha. Juga entah berapa kali aku pernah kena tulis nama kat pondok guard atas kesalahan seperti tak bawak kad matrik atau balik lambat.

Kesimpulannya, aku masih bengang kat pak guard U adik aku tu. Chow~

Saturday, September 13, 2008

Talking About Future

Good planning. Hard work. Wide contacts. Strong determination. Never give up. And nothing is impossible.

A wake up call from a dear friend who wants to see all of his friends to be success. And knowing that there is someone who know that you have the talent, the passion and really believes in you and believes that you CAN do it much more than how much you believe in yourself (thanx Mir!), wouldn't you want to give yourself a good try?

Future is unpredictable. Very true. But at least you can plan to have a good one, put all your efforts and go for it. It might not be easy. There will be ups and downs. Tears and laughters. And who knows, you might just have a better future, even better than what you had had in your mind.

Be an EM by my early 30s? Dear God, pls give me strength to move on. Amiin~

Monday, September 8, 2008

Perubahan

Seringkali berlaku perubahan tanpa kita sedari.
Mungkin kita mahu menafikan, tapi kadangkala mata yang melihat tahu lebih lagi daripada kita yang menjalani hidup sehari-hari.
Dan kadangkala, bukan niat kita untuk berubah. Mahu terus menjadi seperti apa yang kita telah jadi selama ini. Mahu terus hidup dalam lingkaran hidup sama seperti yang telah dan sedang kita jalani selama ini. Mahu terus di situ. Mahu kekal begitu. Tapi kita tak dapat menghalang perasaan ingin berubah itu daripada terus menguasai kita. Dan tanpa sedar, sedikit demi sedikit kita mula berubah. Tidak mungkin irama hidup ini akan memainkan melodi yang sama selamanya bukan?
Perubahan ke arah yang lebih baik memang bermakna dan amat wajar diteruskan. Perubahan yang mengundur ke belakang, bagaimana pula?

Wednesday, September 3, 2008

What Do People Do When They Cant Sleep?

It's already very late. And I'm here writing in my blog after few days of laziness to update my entry. I cant sleep! Tried to close my eyes, but I ended up turning on my laptop and started to get online. Whoa~ (If this is it, then until tomorrow morning also cannot sleep what). But then tomorrow is my working day, and if dont go to bed now I will be sleepy tomorrow. Have to wake up early to prepare sahur some more.

And ya, starting from this week onwards, I'll be working in day shift after 2 months of night shift. If working night time then it's ok, still can go to sleep for a while tomorrow morning. Huhu.

At first, I thought that I will not like working in night shift. You know-lah, night is the time when people hangout with friends, go out makan-makan, after makan pusing-pusing sekejap, then after enough fun and chit-chating with your buddies, you can go home and sleep. But surprisingly, it seemed to me that I like night shift a lot more that I thought. Heh, seriously I like to be in night shift. I really do.

And speaking of 2 months of night shift before, does it have anything to do with my i-cannot-sleep-thingy right now? Sudah 2 bulan my day and night terbalik maa... So no wonder my eyes are open wide.


"Naaaahh....Minda jak ya.. Ko padah dirik sikpat tido, memanglah mata ko sik mok tido." <--- Kata adik aku. Huhu. That make sense. Betul jugak kan?


So, should I offline now and tell myself that I am sleepy so that my brain will accept the fact that I am sleepy and tell my body to be sleepy? Hmm.. Pening kepala aku, makin takleh tido la ni kang..Hehehehe...


P/s: Ouh, by the way, apa korang buat bila korang tak bleh tido?


Good NiGhT!!!
Kira kambing sampai tertido...ZZzZzzZzZzZzzzZzZ..






Thursday, August 28, 2008

Dari Mana Asalnya Melody?

Boleh dikatakan ini adalah soalan yang sangat selalu perlu aku jawab kepada kenalan baru aku tak kira la semasa zaman persekolahan dulu, ataupun ketika aku menginjak kaki ke menara gading, mahupun kini apabila sudah bekerja.

Macam mana nama aku boleh jadi Melody? Kenapa Melody? Adakah kerana ibubapaku penyanyi? Ahli muzik? Atau peminat fanatik rancangan Melodi kat TV3 tu?

Sejarahnya bermula pada tahun 1971........

Masa tu ayah aku masih muda remaja lagi. Baru masuk sekolah menengah. Dan pada tahun itu, muncullah filem cinta anak muda bertajuk 'Melody' aka 'SWALK (Sealed With A Loving Kiss)'.

Secara ringkas, ia mengisahkan 2 anak muda, Daniel Lattimer (lakonan Mark Lester) dan Melody Perkins (lakonan pendatang baru Tracy Hyde) yang saling jatuh cinta dan ingin berkahwin. Malangnya mendapat tentangan ibubapa dan guru, maklumlah masih budak lagi. Namun dengan bantuan teman-teman sekelas, pasangan muda ini cuba juga untuk merealisasikan hasrat mereka. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.

Filem ini mendapat sambutan hangat termasuklah di Malaysia. Dan salah seorang peminatnya adalah ayahku sendiri. Malah lagu tema filem ini iaitu 'Melody Fair' dendangan kumpulan Bee Gees (Kalau tak tahu ni kumpulan apa, tanyalah ibu bapa anda. Pasti mereka tahu kerana ini kan kumpulan muzik zaman2 mereka. Huhu) menjadi siulan di bibir ayahku. Kesimpulannya, memang ayah aku minat sangat2 kat movie ni.


Sehinggalah bertahun2 kemudian, apabila ayah aku menemui ibuku lalu berkahwin dengan ibuku maka lahirlah aku, dan kata sepakat dicapai untuk menamakan aku 'Melody' sempena nama heroin movie ni. Begitulah kisahnya bagaimana 'Melody' mendapat nama.


(Ni lah dia awek nama Melody dalam filem Melody yang ayah aku minat dulu)


Wednesday, August 27, 2008

Blogging

Blogging? So not like myself.. But then I thought why not give it a try? Plus, there are some frenz who keep telling me, "Buat la blog Mell..." Hmm.. Since there are a lot of people around me who blog, then I guess there will be no harm in doing this blogging thingy. Whatever~

By the way, this is my 3rd ever existing blog. The 1st one, which was created yeaaaarrss ago was already deleted. 2nd one, which was created during my years of university life, was not able to be logged in because I forgot the username and password. Haha. So young but already forgetful. (Young ke? Huhu) But then, I never tell anyone about any of them, simply because I want to keep my blog for me and only myself at that time. Guess I am now ready to share this blog with others.

My blog may not be as nice as others, but this is only the beginning. Will try to improve on this. Biasalah, newbies. Hehe.

By the way, Welcome to me!