Yang pertama
Aku tetap akan sayang sampai bila-bila.
Aku tetap akan simpan sampai bila-bila.
Tak mungkin aku akan buang dan lupakan dia.
Walaupun isinya dah hilang tiada.
Badannya dirobek sampai buruk rupa.
Padanya tersimpan memori hidup aku suatu masa dulu.
5 tahun dia jadi saksi siang malam aku.
Ria aku, dia kongsi.
Sedih aku, dia tahu.
Sepi aku, dia teman.
Bosan aku, dia hibur.
Sibuk aku, dia bantu.
Bodoh aku, dia terang.
Kosong aku, dia isi.
Segalanya.
Dia memang istimewa, sebab tu aku sayang dia.
Agaknya inilah maksudnya bila orang kata yang pertama memang tak boleh lupa.
Yang kedua
Muncul apabila yang pertama dah tak mampu beri aku apa yang aku mahu
Muncul kerana yang pertama dah kaku dan bisu, padahal aku amat perlu.
Dia mungkin buta masa lalu aku, tapi dia pegang erat masa kini aku.
Malang, kerana masa depan aku tak ada pada dia.
Setahun masa kami bersama berlalu macam tu saja.
Akhirnya dia dikebas orang lain yang durjana sifatnya.
Aku hanya mampu tergamam kaku apabila dia ghaib dari hidup aku.
Dan serentak itu aku jadi seorang pembenci kepada manusia bernama perampas yang tak pernah aku tahu siapa.
Mujurlah aku berjaya tenangkan diri dan kembali ke ruang realiti.
Yang ketiga
Dicari apabila yang kedua sudah tiada.
Dijadikan ganti, mengisi kekosongan setelah perginya yang kedua.
Aku tak tahu apa masa depan aku dan dia.
Tapi aku janji aku akan jaga sebaiknya.
Biarpun aku terpaksa rantai dia, kunci dia.
Asalkan dia tak dibawa pergi lagi.
Asalkan dia tak dilarikan orang lain lagi.
Walaupun aku tak berani janji apakah akan ada yang lain selepas dia.
(P/s: Bukan puisi, cuma kata hati)
Hai semua. Kenalkan...Inilah dia yang ketiga itu. Dia baru saja ikut saya balik baru-baru ini. Bukan, bukan En. Ayam (nama samaran) tapi yang kat sebelah En. Ayam tu. Encik Ayam dah lama dah ikut saya balik, siap naik kapal terbang sama-sama lagi. En. Ayam memang macam ni, suka enterframe. Ikut perangai orang(-orang) yang suruh saya jaga En. Ayam ni agaknya.
Belum sempat mahu tukar screen saver install memacam benda semua, maka abaikan dulu rupa paras yang ketiga ini. Abaikan juga suasana persekitaran. Tapi jangan abaikan En. Ayam. (Huhu. Tetiba. Apa kaitan?)
Ruangan lari topik :Gambar rawak yang dimuatnaik secara rawak.
Aku rasa kucing-kucing ni nampak comel. Aku nak yang warna merah. Korang nak yang mana? Pilih. Ada 7 saja tinggal. Siapa cepat dia dapat. Dapat bagi nama kat kucing-kucing tu saja lah. Dapat kucing tu tak kot. Dapat tiket percuma ke Kuching lagilah bukan. Hehehe. Kucing aku namanya M. M untuk Merah. M untuk Melody. M untuk Marvellous. M untuk Mmuahhss. M untuk Miut-Kiut (aka Kiut-Miut). M untuk Melaka (tetiba!). M untuk Malaysia. M untuk Music. M untuk...Ok Ok..Terlebih sudah. Let's just stick with M for Merah. Kenalkan, kucing aku Merah @ M. M. Senang nak sebut. Tak perlulah panjang berjela macam nama Siti Nur Combi Kesumawati Iris Exora tu semua. Haa. Kucing korang yang mana, nama apa?
Ini pula sewaktu aku merayau-rayau dengan penuh gigih walaupun belum tidur sepanjang malam kerana kerja. Tapi berjaya juga memujuk ayah aku untuk izinkan aku pergi Karnival Futsal Liga Juara Hot FM ni (dengan syarat aku mesti balik sebelum jam 12 macam Cinderella, sebab ayah aku risau aku tak tidur lagi) walaupun malam sebelumnya beriya-iya aku tak mahu pergi kononnya. Akhirnya pergi kerana termakan kata-kata manis Cik Pearl aka Cik Iliyana yang ada membuka booth di karnival ni. Kalau tak, jangan harap. Tidur lagi best. Hari pulak panas sangat. Sesuailah tu dengan Hot FM. Hehe. Aku hanya memerhati Fafau dengan FBI dari jauh saja sebab semua orang berkumpul kat kawasan diorang berdua, maka aku malas mahu sesakkan diri kat situ lalu berjalan-jalan bersama Cik Pearl yang escape daripada menjaga boothnya dan pergi main mata senyum-senyum dengan AG. Haha.
Sekian untuk entri hari ini.
Chill!!!
(^_^)